HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

25 Jul 2012

Baju Melayu sebenarnya berasal dari mana erk??

Bila Ramadhan menjelma... Syawal adalah kemenangannya.. Persiapan raya pasti tak akan ketinggalan antaranya mencari baju pagi raya yakni Baju Melayu. Macam2 fesyen, macam2 material, macam2 warna dan macam2 cara di gayakan.. Tapi terpanggil saya nak cari asal usulnya apabila anak saya bertanya.."macamana kita boleh tau pasal baju melayu mak?". Meh kita sama2 baca sikit info.


Asal Usul Baju Melayu
Dipercayai telah di gunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu baginda menyarung Baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin)).

Jenis-jenis Baju Melayu
Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa Baju Melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah Baju Melayu seperti sekarang.

Falsafah Baju Melayu
Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Ada pendapat mengatakan ini di ambil sebagai lambang keharmonian rumah tangga, 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa dan 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak mereka.
Tetapi pendapat ini di sanggah oleh Azah Aziz atau lebih dikenali dengan Mak Engku. Beliau berpendapat bahawa tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana. Ini bersamaan juga dengan salah satu seni pusaka orang melayu itu sendiri iaitu keris. Dalam rekabentuk keris = berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik Sultan & Ratu, lok 9 (Pewaris), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja.

Falsafah Baju Melayu Dan Islam
Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima, 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan ma’rifat dan bagi 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.

Indah sungguh seni pusaka tinggalan nenek moyang kita orang melayu, cukup indah, berseni dan mempunyai falsafah yang tersendiri. Masih banyak rahsia Baju Melayu yang masih boleh di ungkai seperti mengapa Baju Melayu Johor hanya satu butang? mengapa diadakan pula poket Baju Melayu yang sebelum ini tiada poket ketika zaman kesultanan Melayu terdahulu?. Namun artikel ini sekadar memberi info serba sedikit tentang pusaka orang melayu agar kita bukan sahaja tidak lupa bahkan tidak akan malu untuk memakai atau mengenakannya. Hendaklah kita berbangga dengan asal keturunan kita.


Hari rayaAidilfitri  2010 di Kelana Jaya..anakanda2 dengan baju melayunya

Hari Raya Aidilfitri 2011 di Penang...Baju Melayu Cekak Musang

Apa pulak warna baju melayu untuk tahun ni yer???

3 comments:

  1. as salam.

    entri pertama yg saya baca hari ni. tak pernah pula tertanya oleh saya sendiri dari mana asl nye baju melayu.. hehe.

    kalau butang baju sampai 11 utk raja / bangsawan .. nk tr jugak la mintak mak buat kan.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah..saya pun tak pernah terfikir hal tu..Anak ke2 saya memang suka tanya soalan2 yang di luar jangkaan.. Alhamdulillah..menunjukkan dia pintar berfikir..
      Hahahaha..kalau dah butang baju sampai 11...dah macam baju kebaya la pulak kan..
      Anyway..dah siap ke baju for lebaran Syawal ni??

      Delete
  2. nice sharing.. kali pertama sy baca en3 berkenaan asal usul baju melayu ^^

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78