HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

22 Jul 2012

GASTRIK!!??





Soalan 
Assalamualaikum wrm wrbt.
Apakah wajib bagi seseorang yang mempunyai penyakit gastrik membayar fidyah selain wajib menggantikan puasanya yang tertinggal?

Jawapan.
Mereka yang disahkan oleh doktor mempunyai penyakit gastrik serta tidak mampu meneruskan puasanya, maka dalam keadaan ini seseorang itu di bolehkan berbuka puasa. Bagaimanapun, puasa yang ditinggalkannya itu wajib diganti pada bulan-bulan yang lain tanpa perlu membayar fidyah.
Tetapi sekiranya doktor atau pakar perubatan mengesahkan penyakit gastrik yang dialami boleh membahayakannya atau memudaratkannya, sekiranya dia berpuasa sekalipun di luar bulan Ramadhan maka dia wajib untuk membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkanya. Sebagaimana yang didtetapkan, bilangan fidyah bagi sehari puasa yang ditinggalkan ialah sebanyak secupak beras menyamai 675gram.
Umumnya, pembayaran fidyah tanpa perlu mengqadakan (menggantikan) puasa dikenakan kepada golongan yang mempunyai penyakit yang tiada harapan lagi untuk sembuh serta orang tua yang uzur yang tidak berupaya untuk puasa.
Wallahu A'lam.

 

Gastrik? Ulser gastrik adalah luka terbuka yang terbentuk di lapisan dalam perut, ia boleh merebak sepanjang tiub esofagus sampai kerongkong. Tanda yang paling utama ulser gastrik adalah sakit perut yang agak ketara.
 Ulser gastrik ini merupakan masalah kesihatan yang agak biasa di kalangan manusia zaman moden, sekurang-kurangnya 15% populasi pernah melalui masalah gastrik ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Walau pun ulcer gastrik tidak boleh membawa maut secara langsung, tetapi ia mengganggu cara hidup mangsa dan meningkatkan risiko untuk mendapat kanser perut pada masa depan.

PETUA
 Ambil seheai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit da ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tunbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.

Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.
 Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang akar patawali adalah sangat pahit.


TANDA-TANDA
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah:
Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
Rasa senak, berangin atau pedih
Rasa tidak selesa
Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
Rasa mual (loya) dan muntah
Hilang selera makan
Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu:
Najis menjadi hitam seperti tar
Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi



 PIRAMID MAKANAN YANG SEIMBANG




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78