HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

25 Jul 2012




 

JAMBATAN ADAM???


Misteri Jambatan Purba Yang Berusia Lebih 1 Juta Tahun. Adakah ianya terjadi secara semulajadi atau buatan manusia? Mari kita saksikan...
 
 
 
 
Selepas bersahur tadi..on TV3 and menonton Jejak Rasul. Topik yang di bincangkan ialah tentang Jambatan Adam yang dikatakan digunakan oleh Nabi Adam as untuk berhijrah dari India ke Sri Lanka.. So saya google ceritanya as below. Mungkin uols tau lebih lanjut cerita sejarah ini boleh lah beri komen
 
Terdapat sebuah jambatan misteri yang dikenali dengan nama Adam Bridge atau pernah disebut dengan nama Rama Bridge. Ia merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia. Jambatan purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dipercayai telah berumur lebih daripada 1 juta tahun!
 Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).  Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini, menurut tafsiran para  pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.
Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan suatu statment yang menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1,000,000  hingga 2,000,000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara  semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehingga kini persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.
Tidak pasti sama ada ia benar-benar satu laluan pernah diterokai oleh manusia ataupun tidak. Tetapi mengikut sejarah, laluan jambatan ini sudah mencecah kepada usia lebih 1 juta tahun. Ini bermakna, ia telah berada dalam zaman berabad-abad lamanya. Seperti yang dinyatakan, misteri ini masih belum dapat dirungkaikan.
 Di antara kepulauan Pamban Island India dan Manand Island Sri Lanka terdapat sebuah jambatan yang dihubungkan antara kedua-dua pulau tersebut. Namun terdapat satu misteri mengenai jambatan tersebut.  
 

2 comments:

  1. Replies
    1. Hehehe..Fuza suka tengok Jejak Rasul kerana byk mengupas cerita sejarah dan misteri

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78