HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

26 Jul 2012

 

 

 

Keabadian cinta Inara tersemadi di jiwa Nadira.

Benarkah cinta Ammar sebenarnya untuk Nadira atau sebenarnya cintanya hanya untuk Inara.

 

Hah..siapa tak tau kan cerita Akasia TV3 ni?? Pasti menjadi tontonan ramai.  Slot ini sudah hampir sampai ke penghujungnya.. Apa agaknya ending cerita ini?

Sinopis
Ammar menyintai Inara sepenuh hatinya dan mereka telah memeterai cinta mereka di puncak Gunung Kinabalu. Akan tetapi, kisah cinta mereka tersemadi apabila Inara pergi dijemput Ilahi. Namun, kasih sayang Ammar terhadap Inara tidak pernah luput walau sedetik pun. Sebelum akhir hayatnya, Inara telah mendaftar sebagai penderma organ.

Nadira merupakan seorang pesakit jantung dan juga kekasih Bazli. Bazli begitu menyintai dan mengambil berat terhadap Nadira dan dialah yang membiayai kos pembedahan pemindahan jantungnya. Jantung yang diterima Nadira merupakan jantung Inara.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira. Ammar tidak mengerti mengapa seperti ada sesuatu yang menarik dirinya ke arah Nadira. Setiap kali menatap wajah Nadira, bayangan Inara seakan-akan muncul di depan mata. Nadira juga begitu, jantungnya berdegup tatkala Ammar berada di hadapannya. Adakah Ammar sebenarnya menyintai Nadira kerana Nadira atau kerana Nadira mengingatkannya kepada Inara? Bagaimana pula dengan kasih sayang Bazli terhadap Nadira? Siapakah pula pilihan hati Nadira - Ammar atau Bazli? 
 
 
 
 

 

SIAPAKAH PILIHAN HATI NADIRA??

                  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78