HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

27 Jul 2012

MENZIARAHI KUBUR DI HARI RAYA PERTAMA


My husband membersihkan pusara arwah umi nya Hajah Padilah Binti Hashim. Arwah telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 6hb Mac 2009. Pusara arwah terletak di kampungnya, Pinang Tunggal, Penang.Semoga roh arwah dicucuri rahmatNYA....,.AL-FATIHAH

  
Persoalannya disini, adakah semua umat Islam di Malaysia ini telah dibekalkan ilmu secukupnya tentang Hukum menziarahi kubur? dan tahukah mereka mengapa orang ramai menziarahi kubur pada 1 syawal sahaja, dan tidak pada hari2 yang lain? Tahukah anda, situasi sedemikian, sbnrnya boleh mengakibatkan kite menanggung dosa, jika kite beranggapan melawat kubur pada 1 Syawal adalah suruhan agama. disebabkan berminat dengan perkara ini, sy telah cuba mencari artikel untuk mengetahui adakah situasi ini amat baik utk kite sbg umat islam..
Setelah saya search di google dibawah tajuk “Hukum Menziarah Kubur”, saya dapat 1 artikel yg agak baik…jadi saya ingin berkongsi dengan rakan2 yang lain, dan mungkin boleh dibuatkan rantaian sbg knowledge, bukanlah sbgi ugutan/paksaan..tp, sekiranya apa yg artikel ini tulis salah, diharapkan dapat diperbetulkan dengan secepat mungkin..insyaAllah.


Menziarahi Kubur Menurut Islam
Laporan oleh oleh Ustaz Syed Abdillah Aljufri
1) Hukum Menziarahi Kubur
2) Hukum Memberi Takziah
3) Hukum Membuat Dapur-Dapur Kubur
4) Tujuan Menziarahi Kubur
5) Adab Menziarahi Kubur
6) Ziarah Kubur Pada Hari Raya
1) Hukum Menziarahi Kubur
PADA zaman permulaan Islam berkembang, Nabi Muhammad saw melarang kaum Muslimin menziarahi perkuburan. Larangan ini disebabkan kekhuatiran terhadap timbulnya kepercayaan lama mereka kepada berhala atau sebarang lambang keberhalaan. Tetapi kemudiannya, Nabi saw membenarkan pula mereka
menziarahinya. Ini kerana iman dan keyakinan mereka terhadap Islam telah mantap. Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud:
“Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh menimbulkan sifat zuhud terhadap dunia dan ingat kepada akhirat.”
Kebanyakan ulama’ mengambil kesimpulan daripada hadis ini bahawa hukum menziarahi kubur adalah sunat bagi kaum lelaki dan makruh bagi kaum perempuan.
Hukum sunat bagi kaum lelaki sudah jelas, iaitu mengingatkannya tentang akhirat. Tetapi hukum makruh bagi kaum perempuan pula besar kemungkinan kerana biasanya kaum perempuan lemah semangat dan terlalu beremosi. Mereka akan merasa terlalu sedih mengingatkan orang yang mereka kasihi
telah meninggal, lebih-lebih lagi kalau pemergiannya secara mengejut atau terlibat dalam kemalangan d an sebagainya, maka dikhuatiri perasaan sedih mereka akan membawa kepada penyesalan terhadap takdir Allah swt.
2) Hukum Memberi Takziah
Oleh kerana ‘kematian’ itu satu kepastian yang tidak dapat dielakkan oleh setiap insan, setiap insan pasti mati, hanya sebabnya sahaja yang berlainan.Manusia harus menerima hakikat ini. Oleh sebab itu, hukum memberi takziah kepada keluarga yang ditimpa musibah maut ini dihadkan hanya tiga hari sahaja. Lebih dari itu, tidak disunatkan lagi kita memberi takziah kerana ia hanya akan menimbulkan kesedihan sahaja.
3) Hukum Membuat Dapur-Dapur Kubur
Sebelum diperkatakan cara enziarahi kubur yang dibenarkan oleh Islam perlu juga diketahui hukum membuat dapur-dapur kubur itu. Menurut yang afdal dalam Islam, kubur seseorang Muslim/Muslimah itu hendaklah ditinggikan sejengkal dari dataran bumi dan diratakan bahagian atasnya dan ditandakan dengan sesuatu tanda untuk dikenali supaya mudah diziarahi. Ini pernah ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw apabila Baginda ditanya mengapa Baginda meletakkan tanda di kubur saudara susuannya Othman Bin Maz’un. Baginda
menjawab yang bermaksud: “supaya saya kenal kubur saudara saya.”
Dari sinilah timbulnya kebiasaan meletakkan nisan. Tetapi apa yang dilarang dalam Islam ialah terlalu sangat menghias kubur dengan dapur-dapur daripada batu mozek, marmar dan sebagainya kerana ini merupakan suatu pembaziran. Adalah lebih baik jika lebihan wang yang hendak digunakan untuk tujuan ini disedekahkan
kepada fakir miskin atau melakukan amal jariah yang lainnya. Kalau mayat itu ditanam di perkuburan wakaf adalah haram mengambil kawasan yang tidak perlu bagi satu-satu kubur kerana ini boleh
mengurangkan kawasan untuk ditanam mayat yang lain. Jadi untuk mengenal kubur ibu-bapa, suami/isteri dan kaum kerabat kita cukuplah mengawal tanah kubur jangan sampai terpersok atau hilang atau susah diken ali, iaitu sekadar membuatnya secara mudah dan tidak banyak menghabiskan perbelanjaan.
Walau bagaimanapun kubur yang tidak dapat dikesan lagi dan tidak dapat diziarahi akan mendapat rahmat yang lebih daripada Allah swt. Sebagaimana yang pernah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw yang
bermaksud ‘Allah merahmati kubr yang tidak dikenali.’ Sehubungan dengan ini menulis ayat-ayat suci di batu-batu kubur, bukanlah satu suruhan Islam. Malah, ianya terlarang kerana tulisan-tulisan akan
terdedah kepada pencemar an, kerana biasanya tulisan-tulisan ayat di paras kaki orang yang berdiri di
pinggir kubur itu dan kemungkinan ada pula orang duduk di pinggir batu itu, perkara ini adalah dilarang.
4)Tujuan Menziarahi Kubur
Seseorang yang ingin menziarahi kubur hendaklah berniat yang benar dan ikhlas kerana Allah swt semata-mata iaitu untuk melembutkan hati, mengingatkan akhirat dan mengenang jasa si mati atau kelebihannya di sisi Allah. Begitu pula apabila menziarahi kubur atau makam para nabi
dan para wali, lebih-lebih lagi makam Nabi Muhammad saw yang begitu besar jasanya bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada alam semesta kerana Allah swt sendiri telah menerangkan dengan firmanNya yang
bermaksud: ‘tidak Kami utusmu melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam’.
Maka dengan niat yang baik inilah kita menziarahi perkuburan kaum Muslimin dan permakaman para awlia, anbia dan mursalin. Apa yang dilarang alam menziarahi perkuburan ini ialah meminta sesuatu hajat kepada yang mati itu atau memujanya seperti pemujaan terhadap berhala. Tetapi dengan bertawassul dengan mereka yang salih itu dan meminta kepada Allah rabbul a’lamin tidaklah terlarang menurut fahaman ahlissunnah wa jamaah.
5)Adab Menziarahi Kubur
Apabila kita masuk ke suatu tanah perkuburan Islam, hendaklah kita mengucapkan salam dengan berkata: “Assalamualaikum dara qaumin mukminin, antumussabiqun wa nahnulahiqun yaghfirullahu lanaa wa dan
kamlakum.”
(Sejahtera atas kamu penghuni tempat kaum Mukminin. Kamu telah mendahului dan kami akan menyusul kamu. Semoga Allah mengampuni kami .)
Kemudian tujuilah kubur yang hendak diziarahi itu dan berdiri atau duduk di hadapannya dengan mengadap kepadanya (membelakang kiblat) serta memberi salam kepadanya. Walaupun mayatnya sudah lama dan sudah hancur tetapi yang penting rohnya ada dan tahu siapa yang menziarahinya. Ini diambil
dari sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi salam
kepadaku Allah akan mengembalikan rohku dan akan menjawab salamnya”.
Kalau ini diberikan kepada Nabi Muhammad saw maka tidak mustahil
diberikan kepada umat olehsebab itu disunatkan kita menziarahi kubur. Kemudian, bacakanlah
ayat-ayat Al Quran yang mudah dibaca dan minta kepada Allah disampaikan pahala bacaan itu kepada roh si mati. Kita juga diingatkan supaya jangan menyesali apa yang telah berlaku, apa lagi untuk meraung dan meratap, kerana ini adalah haram hukumnya.
6) Ziarah Kubur Pada Hari Raya
Tidak ada sebarang dalil yang terang tentang menziarahi kubur pada pagi Hari Raya. Ini hanya merupakan amalan kebiasaan orang-orang Islam kita di sini.Mungkin mereka berpendapat bahawa kerana pada hari raya kita menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai kita yang hidup maka eloklah kita
menziarahi juga yang sudah meninggal dunia. Ziarah pada waktu khusus seperti yang berlaku pada Hari Raya boleh menyebabkan dosa kalau kita menganggapnya sebagai satu suruhan agama padahal tidak ada sebarang suruhan menziarahi kubur pada hari yang tertentu.
Lebih-lebih lagi kalau penziarahan itu merupakan sebagai satu temasya dengan sebab yang berkunjung memakai pakaian yang berwarna-warni serta membawa bunga untuk diletakkan di atas kubur,
penjualan minuman dan sebagainya, inilah yang dilarang oleh Nabi Muhammad saw berdasarkan
sabdanya yang bermaksud: “Jangan kamu jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya”.
Begitulah juga larangan ini mencakup kubur sesiapa pun. Dengan ini jelas menziarahi kubur pada Hari Raya secara khusus itu tidak ada sandarannya dalam Islam.

Wallahuallam,,,,sekadar peringatan buat diri sendiri....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78