HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Jul 2012

Ribut Pasir Melanda Arizona



Ini lah tanda mengenai kewujudan Pencipta Yang Maha Agung. Firman Allah bermaksud: 

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya). Segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang yang tidak menaruh kepercayaan kepada-Nya. (Surah Yunus, ayat 101)












Ini adalah koleksi gambar-gambar ribut pasir yang melanda Arizona tempoh hari seperti yang dikeluarkan di Buletin 1.30 tghari tadi.

PHOENIX – Satu ribut pasir gergasi melanda bandar Pheonix, di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menyebabkan jarak penglihatan terhad dan penerbangan terpaksa ditangguhkan pada malam Selasa lalu.Ribut yang disertai dengan angin kuat itu menyebabkan sejumlah pokok tumbang manakala ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.Awan pasir yang bergerak melintasi lembah Pheonix itu telah menyebabkan ribut berlaku di kawasan Tucson.Menurut seorang pakar di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Paul Iniguez, ribut itu kemudian bergerak ke bahagian utara gurun sebelum merempuh kawasan bandar seperti satu ombak besar.

Subhanallah...bencana alam melanda lagi..Justeru, di dalam al-Quran, ada banyak rangkaian ayat suci yang menyeru manusia supaya memerhati, merenung dan memikirkan mengenai kejadian dan fenomena di sekeliling alam ini.   


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78