HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

27 Jul 2012


Tazkirah Jumaat : SOLAT


Jika kita sentiasa tak pernah tinggalkan solat, namun masih juga melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah, itu tandanya ada sesuatu yang kurang pada solat kita... Cepat-cepat siasat & teliti bagaimana kualiti solat yang kita lakukan, kerana ramai yang bersolat tapi solatnya adalah sia-sia. Malah lebih malang lagi bila solat yang kita dilaksanakan itu ditolak oleh Allah Taala. Astaghfirullahal 'aziim.

 Mereka yang jarang atau langsung tak bersolat akan berkarat hatinya & jauh dari rahmat Allah... akan juga sempit pintu rezekinya & apa yang diperolehi tidak mencukupi walau sebanyak mana sekalipun diperolehi. Bersolatlah dengan cara yang betul agar amalan tersebut diterima Allah & memberi kesan yang amat hebat dalam kehidupan. Amiin.

 Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

1 comment:

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78