HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

9 Aug 2012

1st time ever Aina ke Hair Studio

Salam pagi Ramadhan. Moga semua sihat2 walaupun banyak lagi persiapan raya sedang rancak di laksanakan. Soping oh soping.
Ok, entry kali ni nak cerita pasal persiapan raya jugak.
Hah..ni cerita jenuh nak pujuk anak dara saya pi gunting rambut kat salon. Actually, since kecik memang tak pernah bawa pi gunting kat kedai coz selalunya saya kerat lurus jek rambut dia kat rumah.
Dah kebetulan ada kat kedai gunting rambut, ingat nak jugak le trim skit rambut dia tu. Dah panjang cecah pinggang, Elok rajin trim supaya rambut bercabang kat hujung tu dapat kita buang untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
Jenuh la pujuk dengan McD. Pastu nak dokung lah, malu lah.. Jenuh. Nasib dekat Lounge Hair Studio yang terletak di Kelana Jaya ni, ada menyediakan bilik untuk gunting rambut khas bagi mereka yang bertudung. Memang bagus lah idea Lin (pemilik salon) buat bilik asing macam tu. Maka setelah berjaya pujuk, baru lah anak dara saya ni nak masuk bilik khas ni.
Tapi tak dapat jugak nak buat betul2 as once dah kerat rambut depan bg tak tutup mata..dia dah melompat dari kerusi. Hehehe.
Meh tengok beberapa gambo yang berjaya saya rakamkan sebagai kenangan.

Muka cuak. Air mata berjujuran, tapi tak clear dalam gambar ni

Sempat jugak posing tuh, before trim dahi luas ketara kelihatan.

Masa ni dia dah nak loncat. Pasal pada mulanya janji nak gunting depan aje..Tetiba nak kerat yang belakang jugak. Dia tak mo rambut pendek. McD pun masuk daa

Hah..dah siap trim,ok tak? rambut dah cover dahi.

Tak berapa nak betul tapi dapat jugak le trim skit..
Kira ni rambut raya la kat dia.Ok la kan..budak2, cuma nak bg nampak kemas aje. Tq to sis Syeerah kerana berjaya pujuk and pandai layan Aina. Next time I am sure will come back.

4 comments:

  1. alolo.. comelnye aina ni, hehe
    rambut raya ke tu akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..anggap je lah rambut raya. Nak trim tapi dia dah lompat dari kusi. Nasib la dapat trim elok.

      Delete
  2. Replies
    1. Rambut dia ni lurus tak lurus, kerinting tak kerinting. Combination.Jenuh gak nak jaga as dah panjang rambutnya

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78