HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

8 Aug 2012

Bubur Lambuk sinonim dengan Bulan Ramadhan


Alhamdulillah...selesai bersahur, hari ni masuk 19th Ramadhan, bersamaan 8 August 2012. Sahur pagi ni simple aje. Bubur Lambuk. Dah hujung2 Ramadhan ni, selera nak makan beriya tu dah agak down. Sampaikan tak tau apa nak listkan for menu berbuka dan bersahur. Di kawasan perumahan saya ni, surau berdekatan ada menyediakan Bubur Lambuk untuk qariah kawasan. Kadang2 saya segan nak pi amik tapi AJK surau pasti akan datang mengagihkan bubur2 tersebut. Alhamdulillah...rezki kami.

Bubur lambuk atau lambut merupakan sejenis hidangan yang amat masyhur pada bulan puasa di Malaysia. Ia biasanya dimasak secara bergotong-royong di masjid2 untuk diagih-agihkan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa.
Bubur lambuk diperbuat daripada beras dengan campuran rempah dan sayuran pucuk paku miding. Di Terengganu, selain daripada bahan biasa, kadang-kala kerepok keping mentah dan budu juga ditambah bagi menambah perisa, dan juga ubi keledek, udang kering dan lain-lain Ada banyak versi dan resepi bubur lambuk ni. Apa pun memang sedap bubur lambuk kerana bahan2 yang dicampurkan memang nyum nyum.



Bergotong royong. Ramai2 hilang rasa penat.



Resepinya

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

  • 2 cawan beras
  • 3 ekor ikan selayang@ kembong yg sederhana besar 
  • beberapa hirisan kecil daging ayam/daging
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • daun pucuk manis
  • daun kunyit
  • daun kesum
  • garam, gula secukup rasa
  • kiub ikan bilis or kiub ayam pun boleh
  • bawang goreng dan ikan bilis goreng

Cara-cara

  1. masak nasi hingga menjadi bubur dgn air yg secukupnya
  2. sementara itu bolehla di bakar ikan tadi. sejukkan dan kemudian ambik isi ikan yg di bakar tadi dan tumbuk sampai hancur.
  3. bila nasi sudah menjadi bubur bolehlah tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sampai hancur dan masukkan ke dalam bubur tadi.
  4. masukkan kiub ayam, isi ikan bakar yang di tumbuk tadi dan daun2 tadi. daun kunyit hendaklah dihiris halus mcm nak buat kerabu pun x pe.
  5. masukkan garam n gula secukup rasa. kalau dh cukup rasa n sedap tu. bolehla di tutup api..
  6. bolehlah di hidangkan dgn menabur bawang goreng dan ikan bilis goreng..:-)))) 
(sumber http://www.myresipi.com/top/detail/14975)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78