HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

1 Aug 2012

Imej Baru Lisa Surihani

Lisa Surihani atau namanya Lisa Surihani Mohamed, 26 mengakui terlalu sibuk sehingga masih belum sempat memasak untuk suaminya, Yusry Abdul Halim yang merupakan seorang penerbit, pengarah dan pelakon. Namun begitu, tidak menjadi masalah besar bagi mereka kerana Yusry juga sedang sibuk dengan pasca penerbitan filem terbarunya – Vikingdom.
Lisa yang mendapat gelaran Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, mengakui dirinya sangat bahagia selepas bergelar isteri tetapi masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.
“Yusry banyak belajar mengenai diri saya dan kami saling memahami kerjaya masing-masing walaupun kurang meluangkan masa bersama dek kerana jadual saya yang padat dengan lakonan dan Yusry pula yang sedang sibuk dengan pasca penerbitan filem terbarunya.”
“Saya tiada masa untuk memasak kerana kesuntukan masa. Kali terakhir saya memasak untuknya ketika kami berbulan madu di di Jerman.”
Yusry seorang yang tidak cerewet. Dia tidak memilih dan makan apa sahaja kecuali masakan Itali dan Korea.
“Yusry jenis yang makan apa saja dan amat menggemari masakan yang berasaskan sambal seberti sambal sotong dan juga masak lemak. Saya kini dalam proses untuk mempelajari memasak masakan kegemarannya.”
Lisa yang sudah bersedia untuk menerima cahaya mata hanya berpesan untuk kita sama-sama mendoakan mereka. Terbaru, Lisa sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan Jason Chong bercorak ‘psycho thriller’ dan “Dendam Orang Mati” yang memaksanya memotong rambut pendek untuk filem terbitan KRU Studios itu.
comelkan?
OH ARTIS: SIBUK-SIBUK PUN SENTIASA BERSAMA KAT SET OK LA TU. HEHE

2 comments:

  1. nampak lain muka lisa.. O_o

    ReplyDelete
  2. Kan..ingat tadi pelakon dari seberang..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78