HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

8 Aug 2012

Khasiat Madu Lebah







Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada experiment yang dilakukan para saintis moden. Antara mukjizat al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat MADU LEBAH. Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.

Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:

1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);

2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)

3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);

4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);

5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);

6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).



Petua tradisional Madu Lebah Tayyibah ini adalah sebagai panduan dan amalan yang telah di amalkan sejak turun-temurun lagi. Di harapkan petua-petua madu yang sering diamalkan ini masih boleh digunapakai pada zaman moden ini
ANTIBIOTIK
Petua 1:
1 sudu besar madu + 1 sudu kecil jintan hitam
Madu dicampurkan bersama-sama jintan hitam dan diminum 3 kali sehari
BATUK
Petua 1:
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu besar madu
Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari.
Petua 2:
1 biji limau nipis + 1 sudu besar madu.
Limau nipis diperah dalam air madu lebah Tayyibah. Minum 3 kali sehari
BIBIR PECAH
Petua 1:
1 sudu madu
Sapu madu di tempat bibir yang pecah
BENGKAK/BENJOL
Petua 1:
1 sudu besar madu + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung
Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak
CERDAS
Petua 1:
2 sudu besar madu + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu besar daging burung merpati (serbuk).
Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbijji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.
CERGAS
Petua 1:
Minum 1~2 sudu besar madu  3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.
DARAH TINGGI
Petua 1:
1 sudu besar madu di minum secara terus menerus 3 kali sehari.
DARAH KURANG (Anemia)
Petua 1:
Makan 3 sudu besar madu 3 kali sehari.
KUDIS
Petua 1:
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu , sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.
LUKA
Petua 1:
Sapukan pada luka. Gunakan madu dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1~2 minggu.
SAKIT JANTUNG
Petua 1:
6 sudu besar madu + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.
SAKIT PINGGANG
Petua 1:
1 biji telur itik + 4 sudu besar madu, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).
SAKIT PERUT (memulas)
Petua 1:
Minum 1~2 sudu besar madu 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam
SESAK NAFAS
Petua 1:
3 sudu besar madu + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.
SUSAH TIDUR
Petua 1:
2 sudu besar madu + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut
SEMBELIT (susah buang air besar)
Petua 1:
2 sudu besar madu + segelas susu di minum setiap 4 jam.
SERAK (Hilang Suara)
Petua 1:
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu besar madu lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.
SELERA MAKAN
Petua 1:
Makan Minum 1~3 sudu besar madu 3 kali sehari.
Sumber http://www.khasiat-madu-lebah.com/petua.htm

Minumlah madu lebah!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78