HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

9 Aug 2012

Kuih raya pertama for Syawal 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah..masuk 20th Ramadhan today. Moga puasa kita mendapat keberkatanNYA. Persiapan Lebaran pasti dah mula dibuat. Jangan sampai pokai k. Belanja yang berpatutan je.

Kali ni saya nak share tentang kuih raya pertama yang bakal di buat hujung minggu ni. Itu pun upon request anakanda2 ku. Depa dah besar, dah ada kuih2 kegemaran. Ikutkan saya nak beli aje..Tapi depa cakap "Mak buat lagi sedap"...Touching la plak dapat pujian dari anak2.
Saya pun tak plan buat banyak jenis. Buat 2-3 yang jadi kegemaran aje.

Ok kuih pertama yang menjadi pilihan ialah....

Kuih Samprit.


Meh sharing bahan2nya. Dah nak kena wat list apa bahan2 nak kena beli ni.
Selamat Mencuba k


BAHAN-BAHAN:

250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji kuning telur yang di rebus
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu serbuk penaik

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.

3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, tepung gandum dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.

5. Terapkan di atas dulang pem­bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78