HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

7 Aug 2012

My princess dah big gurl


Salam semua..dok rehat2 ke? Dah 18 puasa ye today? Macamana puasanya? Berbuka tadi makan apa? Ke beli je senang bagi yang bujang2 tuh.

Ok. Kali ni just nak kongsi cerita hal anak perempuan saya. Itu je pun anak perempuan yang saya ada AS AT NOW..(hihi statement berhati2)

Semasa mencari kasut rayanya di mall, saje je lah masuk ke kedai ni. Tengok2..usha2.. Hmm dia yang g pilih sendiri k. Cari yang berkenan di hati. Mengada betul.

Tengah saya tengok2 kasut lain, tiba2 dia datang dan tunjuk dia nak kasut yang dah dah dipilih tu. Pada saya tak berapa nak berkenan. Tapi dia tetap pujuk nak jugak kasut tu. Bukan pasal cantik ke apa. tapi pasal dia berkenan dengan tapak kasut bagi kasut tersebut.

Hah..apa yang menariknya tapak kasut tuh? Jom kita tengok.


Tengah memilih milih.

Ini pilihan hati dia,size 10 tuh.

Sebab tapak kasut dia yang cantik katanya..Ada bunga. Adoiyaiii
Maka terbeliak lah biji mata abahnya dengan pilihan princess yang sorang ni. Apakan daya,bukan selalu pun belikan kasut anak3. Raya baru nak bertukar yang elok skit.
Maka belilah kasut ni yang berwarna apatah,saya pun tak sure. Dan dok cewilah budak kecik itu sampai sekarang. Dok try kasut pagi petang siang malam. Bila ditanya puasa tak ..Dia akan jawab "Koselah..."

1 comment:

  1. hehe..cantik kasutnya. klu sy bdak kecik pun nak beli y ade bunga kt tapak kasut tu. hahaha. :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78