HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

15 Aug 2012

Penang 2nd Bridge Project


 
Salam petang Ramadhan..Kuatkan iman..semoga puasa kita di hari-hari akhir ini lebih mendapat rahmatNYA.

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman bekerja saya di syarikat antarabangsa yang terlibat dengan pembinaan Jambatan ke2 Pulau Pinang. Nama syarikat yang saya terlibat ialah Freyssinet-VSL, majoring in stressing work. 
Ini adalah construction company pertama yang pernah saya bekerja. Memang banyak benda nak belajar start from zero. Walaubagaimana pun, saya bertuah kerana boss yang berasal dari France, Mr Pierre Olivier ni seorang yang suka membantu, suka memberi penerangan walaupun berkali2.
Pengalaman bekerja di site office ni memang tak dapat saya lupakan.. Just imagine office hanya berasaskan kabin, terletak betul2 dekat dengan laut. Bila hujan lebat je, pasti kami semua kena standby, mana la tau Tsunami ke apa..Tapi selama setahun di sana..tiada bencana2 buruk berlaku.

 Hah, disini saya sertakan beberapa gambar2 basic bagaimana proses nak buat jambatan. Di jangka jambatan tersebut akan siap dkm tahun 2013/2014. Cepat lambat semuanya bergantung pada banyak faktor. Salah satunya jika hujan lebat, kerja2 di tengah laut terpaksa di berhentikan demi keselamatan pekerja2 yang ramai di atas jambatan.



Suasana malam. Disini ada 3 shift bekerja bagi mereka yang terlibat di laut.
GC tengah setting nak angkat segment. Kena berhati, kerana setiap segment tu berharga puluhan ringgit
segment di angkat..
Segment dah atas barge untuk di hantar ke workfront
Tu dia...benda kuning tu kita panggil launcher. Di buat di China. Husband saya terlibat dengan inspectionnya di Beijing
Ni lah rupanya diatas jambatan yang belum nak berapa siap lagi


Saya berpeluang juga ketengah laut melawat launcher. SAFETY FIRST!!
Hah..ni lah bos saya, Mr. Pierre Olivier Vignal. Reti cakap BI ajer..

4 comments:

  1. 2nd bridge penang tak siap2 lg ekh.ingtkan dh siap dh.mse dip dulu ade buat site visit ke sini..tp tak leh masuk last2 minit sbb spervisor busy T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum siap lagi..
      Yup memang ramai je datang buat site visit, dari jauh dekat. Merasa juga lah terlibat dengan projek besar macam ni.

      Delete
  2. mencabar juga tempat kerja kamu,
    kat jambatan lama dulu ramai yg terkorban masa pembinaan
    harap2 kali ni lebih selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..true..memang mencabar..apa pun SAFETY 1ST.. Ada je kemalangan2 berlaku.
      Risiko kemalangan memang ada je surrounding us, tambahan pula kerja di site office

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78