HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

18 Aug 2012

Salam Aidilfitri 2012 Buat Teman2 sekalian

Sekiranya ada terlanjur kata tersilap bicara tersinggung hati harap dapat dimaafkan. Luahan dan entry di blog tiada kena mengena tentang sesiapa.. Luahan dan entry hanya apa yang terdetik dihati dan  rasanya boleh dikongsikan bersama.
Mana yang baik kita ambil jadikan tauladan.. Yang buruk tu datangnya dari kita..Wallahuallam.

Bagi yang sudah berada dikampung pasti meriah Syawal 2012.
Kepada yang baru nak mulakan perjalanan, berhati2 di jalan raya..patuhi peraturan ingat yang tersayang.

Yang telah berumah tangga, amalkanlah berhari raya bergilir2 kerana keluarga suami/isteri juga ingin meraikan pagi 1 Syawal bersama anda sekeluarga, selagi hayat kedua orang tua di kandung badan..

Bagi insan2 yatim dan piatu, moga lebaran ini di raikan bersama mereka2 yang menyayangi anda.

Berbelanjalah dengan berpatutan. Jangan lepas seminggu Syawal, ramai dah mengeluh pokai.
Selamat Hari Raya dari Fuza sekeluarga.



2 comments:

  1. Salam Aidilfitri Miz Ruha..moga Syawal disambut dengan meriah bersama mereka yang tersayang...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78