HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 Aug 2012

Sentul Curry House Kuala Lumpur

Berbuka Puasa with Family at Sentul Curry House Kuala Lumpur

Salam pagi minggu semua. Alhamdulillah, ramadhan hampir ke penghujungnya. Syawal kian menggamit.
Di kesempatan itu, kami telah berjaya mengajak ayah mertua berbuka puasa di luar as abah memang sangat susah nak di ajak belanja. Bukan apa, next week dah Syawal, so minggu ni je yang ada kesempatan before memasing balik ke kampung halaman. So setelah kami pujuk.. Maka lokasi yang menjadi idaman ialah 
Sentul Curry House.

Oleh kerana ianya terletak di Kuala Lumpur, maka kami gerak awal dan lega sampai awal sebelum waktu berbuka. Sempat la nak posing2 dan update order.

Antara menu yang menjadi pilihan pengunjung ialah Kari Kepala ikan, Kari Ketam , Kari Kambing dan segala jenis kari. Kari Kepala Ikan nya bermula dengan RM80 and above.
Tips kalau order makan kat kedai mamak ni, JANGAN sesekali gatai nak order udang, sotong or ketam coz mau pengsan bila dapat bil nya nanti. Harganya memang sangat diketahui melampau mahalnya.
Kami yang makan untuk 15 orang ni pun kena dalam RM300++.
Jom usha2 gambo yang berjaya di snapkan semalam. Sowi la, kamera tak canggih, so gambo agak malap as dalam kedai dia dok pasang lampu kuning.


Inilah tempatnya
15 seats ready
Ni main menu. Pilih ikan dulu k, Harga ikut saiz

Ketam Goreng
Saya, anak2 dan my biras, Tini dgn heronya, Amirul. Posing dulu..
Anakanda hero2 ku

Hah..Kari Kepala Ikan dah in place
Kari kepala ikan, kari kambing..melekat wei bau kari kat tangan

Saya dan chekgu Azrine
Saya bersama anakanda, anakanda sedara serta my little sis inlaw yang dok wat peace tuh..


pst..pst....Eh eh chekgu Azrine pun ada ler... http://azrinzfamily.blogspot.com/

2 comments:

  1. yumm yumm tergugat iman puasa hehe.

    add kambaimo.blogspot.com up dalam your 'Sharing Interesting blog' ya?
    cheers!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah sekali sekala tukar selera. Lagi sedap kalau orang belanja...Yeaaaa

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78