HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

18 Aug 2012

Terkejut tergempar!!!!!




Hah...seperti gambar di atas..macam tu lah agaknya rupa saya  semalam.
Kejadian ni berlaku pada pagi Jumaat 17/8/2012.

Ceritanya berkenaan bekalan api dan air.
Saya pernah menyewa di Penang dan masih menyewa rumah tersebut walaupun saya kini duduk di Lembah Kelang. Selalunya segala bil2 bulanan saya akan minta jiran tolong tengok2 kan. Dah dua tiga hari sebelum itu saya dah telefon dan tanya mereka tentang bil2 berkenaan dan katanya semua dah setel.

Nak jadi cerita.. Ayah mertua saya singgah ke rumah sewa tersebut untuk berehat-rehat setelah perjalanan dari KL yang agak meletihkan kerana banyak kereta berpusu2 pulang ke kampung awal.

Tiba2 saya mendapat panggilan dari mereka bahawa bekalan air telah dipotong. Saya dengan yakin memberitahu bahawa segala bil di kemas kini bulanan. Apabila ayah mertua buat pemeriksaan, rupa2nya METER AIR telah di angkut  oleh pihak Perbadanan Bekalan Air Penang  (PBA)
Tu dia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Esok nak cuti panjang, kami plak nak menginap disitu.. Harulah wei kalau tak de bekalan air.

Suami saya dah gelebah ni..nasib la saya ni pernah bekerja sebagai secretary dan ada basic customer service line. Maka saya pun ambil tindakan ikut step by step

1) Saya cari bill air yang ada didalam simpanan saya. Dan memang terlepas pandang, ada 2 bill air yang berjumlah hanya RM15 sahaja.

2) Saya semak bill dan mencari nombor telefon untuk saya hubungi.

3) Line sangat bz.. Adus..jam dah pukul 11am. Saya kena teruskan usaha untuk dapatkan talian.

4) Alhamdulillah...En, Fahmi sambut panggilan saya. Setelah membuat penjelasan situasi..En Fahmi mengesyorkan agar saya segera membuat bayaran melalui online dan fax kan salinan bukti pembayaran agar dia dapat proceed dengan report supaya penyambungan boleh dilakukan sebelum cuti festival yang panjang. Latest before 2pm. Kalut la pi cari Cyber Cafe nak print, nak fax.

5)Bayaran sudah, fax sudah, report sudah. Sekarang hanya menunggu depa pi pasang meter.

6) Pukul 6.30 petang saya contact jiran di sana untuk tolong tengok kan sama ada depa dah pasang meter.
OH TIDAAAAAAAAAAAAAAAKKKKK.. Belum pasang lagi.

7) Saya contact semula PBA. Tapi En Fahmi dah tak bertugas,kerana pada masa tu dah tukar shift.Maka saya berurusan dengan En Adlin. Huh, katanya tak mungkin dapat pasang hari ni jugak pasal nombor report kami pun dah yang ke 501..Tapi bagusnya En Adlin ni..dia pun memahami keadaaan saya kerana saya di Kuala Lumpur, dah akan pulang berhari raya esok. Tanpa bekalan air...rapla jingga naa...Dia kata akan letak as priority kes saya tu.

8)Dengan harapan yang tinggi, saya merayu agar En Adlin dapat arrangekan org2 PBA agar dapat datang dan pasangkan meter sebelum cuti raya. Pening kepala juga. Lagipun pity ayah mertua dan family yang dah sampai kat rumah tu.

9) Maka saya pun tinggalkan no telefon agar senang pihak PBA untuk updatekan situasi pada saya. Maka saya pun sibuk lah di dapur untuk persiapan berbuka puasa. Yang suami saya dah mula nak pot pet..Saya nasihatkan dia yakni mereka di PBA sedang berusaha..jangan nak marah2.. Lagipun silap kami juga kerana terlepas pandang hal ni, walaupun bilnya hanya RM15 sahaja.

10) KrInG KrInG.....HP saya berbunyi masa saya sedang masak sayur untuk berbuka. Yes..nombor En Adlin dari PBA on the line. Katanya "puan...meter air dah berjaya di pasangkan semula"
Alhamdulillah...saya sangat berterima kasih dengan mereka yang berada di PBA kerana walaupun dah mood raya, dah sibuk masa nak berbuka puasa, dan dah habis shift pemasangan iaitu pukul 8malam,  depa tetap utamakan report2 dari pelanggan.

Saya memang sangat puji dengan cara mereka mengendalikan situasi2 luar jangkaan seperti ini. Perkhidmatan yang bagus. Memang sangat membantu.

Terima Kasih kepada kakitangan PBA, Penang.

Pengajaran untuk semua,jangan lengah2 nak bayar apa jua bil kerana apabila kita dalam keadaan terdesak, macam2 boleh berlaku. Sabar itu penting, Jangan pulak kita nak maki hamun pihak yang di sebelah sana kerana mereka pun hanya menjalankan tugas.

Kata suami saya.."bagus awak yang cek dan berjaya follow up dengan sabar dan berjaya handle situasi.Kalau tidak..tak de bekalan air la kita raya ni"

Alhamdulillah..dan terima kasih. Berkat kesabaran di bulan Ramadhan...

Bil air PBA yang terlibat hanya RM15.00 sahaja

Risau tak de elektrik, saya setelkan  bil2 yang ada walaupun jumlahnya hanya RM0.60
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78