HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

4 Aug 2012

Terkenang semasa dulu...

Salam sejahtera semua...
Dah berapa hari puasa erk? Cukup? Ke ada yang dah rongak? Saya masih berpuasa penuh as at now. Hehehe.. Apa pun moga puasa kita diterimaNYA.

Almost half of the month kita berpuasa..so ramai yang dah terkinja2 dok buat persiapan Syawal. Tak kira la yang bujang dan yang berkeluarga. Ada yang dah start buat kuih raya gak kot. Ada jugak yang baju raya dah penuh lemari.. Tiket bas jangan lupa beli, ada yang raya kat hentian bus pulak nanti..hikhik.

Tapi entry kali ni saya nak kongsi skit macamana tersentuhnya hati saya pabila mengenangkan masa zaman saya kecik2 dulu. Bila sekarang dah ada anak, baru lah timbul rasa terharu dan sangat menghargai kedua mak abah saya sangat2. Memang lah selama ni menghargai depa...tapi bila nak raya ni..keinsafan tu makin menusuk kalbu..(nak plak sambil dengar lagu raya kan....)

Kenapa?

Mungkin juga benda2 ni ada terjadi kat anda semua.
Pernah tak kita minta depa belikan baju itu, kasut ini, seluar yg itu, beg yang ini? Nak 2-3 pasang pulak tuh. Tapi pada masa tu..apa je kita minta, sure akan di ikhtiarkan sampai dapat. Memang mak ayah kita nak sangat kita happy menjelang hari raya nanti.

Tapi bila dah jadi parents sekarang...baru lah saya sedar, kita minta macam2 tu, ada ke duit orang tua kita? Bukan untuk sorang anak...tapi kalau yang 4, 5, 8 orang adik bradik tuh?
Macamana pulak kalau mak ayah tu keje kais pagi makan pagi...kais petang tak makan-makan?? Menoreh plak kalau musim hujan mana nak dapat hasil? Kalau yang nelayan?
Huk..huk...sedih la pulak ni..

Memang masa kecik..kita tak de lah boleh fikir sejauh ini.. 
Cuma saya nak pesan pada semua kat luar sana...macamana baik buruk pun mak ayah kita, mereka tetap mak ayah yang terbaik buat kita. 
Kata orang ada duit segunung pun kita tak dapat nak beli kasih sayang mak ayah kita. Tak sama duit.
Sayangilah mereka seadanya...
Jenguk lah mereka tak pun belikan hp supaya senang nak contact.
Zaman pun dah canggih..kot belikan pc, leh FB ngan depa..hihi..

Berbelanjalah dengan sewajarnya. Jangan kita ajar anak kita dengan kemewahan.
Alhamdulillah..saya dibesarkan dalam suasana sederhana dan itu juga saya praktikkan kepada anak3 saya. 
Berbelanjalah ikut kemampuan dan keperluan.

Hargailah kedua ibubapa kita selagi hayat mereka dikandung badan.
Sedekahkan Alfatihah buat ayah bonda yang telah pergi menemuiNYA...

Semoga Ramadhan ini membawa seribu pengajaran dan hidayah kepada kita semua..
Amin....


Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78