HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

7 Sep 2012

Fadhilat Istighfar:Menghapus dan Menutup Dosa



Istighfar bererti meminta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung 
(ditutup) segala kesilapan atau kesalahan. Minta dilindungi supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun” (Surah An-Nashr ayat 3)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Busr Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alahi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.”


Dari ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:

1)   Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.
2)   Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.
3)   Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta‘ala dan untuk mencapai keredhaanNya.
4)   Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.
5)   Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang dilarangNya.
6)   Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.




7 comments:

  1. terima kaseh Fuza..sy folo sini juga..jom ushar entry terbaru saya

    http://gilamodified.blogspot.com/2012/09/ada-gaya-macam-toke-kedai-ka-aku-ni.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq on ur komen..k..i will visit..

      Delete
  2. yup, setuju, banyak fadilatnya... yeah...

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak Fuza atas sharing fadhilat istighfar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak simple..tapi mudah dapat pahala

      Delete
  4. Thank s for sharing. Thumbs up :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78