HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 Sep 2012

Kuih Ketayap

Minum petang jom..  
Kuih Ketayap
 in the house...

Petang-petang ni, memang agak malas nak kuar pi beli kuih. Panas aihh..
Jenguk2 dalam peti sejuk ada bahan2nya.. maka jadilah projek nak buat Kuih Ketayap atau pun lebih di kenali dengan nama Kuih Gulung. Ada nama lain ker??

Kalau nak beli mau 50sen sebijik. Kalau buat 1 adun..melambak dapat.
Hah, meh tengok bahan2nya, kot ada yang teringin nak buat jugak.

Check it out...




Bahan utama, intinya, Kelapa muda di parut, gula merah,daun pandan, masak sampai kering macam gambar ni.

Jalan mudah, blender daun pandan, nak bagi warna hijau. Saya tak suka pakai pencelup pewarna makanan.

Hah..letak le inti yang dah masak tadi atas tepung yang dah kita lempengkan... Then gulung

Hah..dah siap.. Kuih Ketayap

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78