HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

11 Sep 2012

Nak Cantik? Selamat Ker?

NAK CANTIK? SELAMAT KER?


Biocell Vitamin C + Collegen (Swiss) 
Vitamin C Laroscorbine (Bayer) 6x5ml

 KAEDAH RAWATAN

Biasanya dos 1gm Vitamin C diberi setiap kali suntikan dan suntikan yang disyorkan adalah sebanyak 10 kali.

Lazimnya, kesan ke atas kulit dapat dilihat tiga hingga empat hari selepas suntikan dilakukan. Kulit akan menjadi lebih tegang, masalah kulit seperti pigmentasi berkurangan, kulit semakin cerah dan halus, dan sebagainya.

Bagi mengekalkan kesan positif yang telah diperolehi, rawatan susulan perlu dilakukan. Ini termasuklah menggunakan produk penjagaan kulit seperti krim Vitamin C, mengambil makanan tambahan yang kaya dengan Vitamin C,menjaga diet dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Jika mereka ingin mengulangi rawatan suntikan Vitamin C, ia boleh diambil selepas enam bulan atau setahun, namun ia bergantung pada keperluan seseorang. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berkedut atau berparut akibat bekas jerawat dan sebagainya, suntikan Vitamin C bersama kolagen dapat membantu memulihkan kulit dengan lebih berkesan.

Suntikan Whitening (pemutih) juga boleh diambil bagi meratakan warna kulit muka sekaligus menjadikan wajah lebih cerah dan berseri.
 Gambar hiasan sumber Googles
 
SUNTIKAN VITAMIN C DAN BOTOX
Soalan; ASSALAMUALAIKUM USTAZ, Saya ada sedikit kemusyhkilan tentang hukum menyuntik vitamin C pada permukaan kulit wajah dengan tujuan menghilangkan parut muka. adakah ianya sama dengan suntikan botox? bagaimana pula dengan pekerja yang menyuntik vitamin tersebut? harap ustaz dapat memberikan penjelasan. terima kasih.
Jawapan;
Membuat perubahan yang bersifat kekal pada badan (melalui suntikan, pembedahan atau sebagainya), jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan pada badan (supaya ia kembali kepada keadaan normalnya atau kepada rupa biasanya), ia diharuskan dengan syarat bahan yang digunakan adalah halal/suci dan tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar dari kecacatan yang sedia ada itu.
Adapun jika tujuannya semata-mata kecantikan, ia dilarang kerana termasuk dalam mengubah ciptaan Allah dan melakukan pembaziran tanpa perlu. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)
Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).
Kesimpulannya, menyuntik vitamin C, Botox atau sebagainya jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan di kulit atau badan (seperti parut yang menjelekkan pada pandangan orang lain dan menyukarkan penampilan diri), diharuskan dengan syarat-syarat tadi. Adapun hanya semata-mata untuk menghias diri seperti supaya kulit kelihatan lebih tegang, nampak lebih muda dan sebagainya, tidak harus kerana ia mengubah ciptaan Allah, melakukan pembaziran tanpa perlu dan mungkin juga menyebabkan pemalsuan/penipuan (jika membabitkan orang lain).
Mengenai pekerjaan menyuntik vitamin tersebut, ia kembali kepada tujuan tadi. Jika pusat rawatan menjalankan rawatan mengikut skop yang diharuskan oleh Syariat Islam, haruslah seorang muslim berkerja di situ. Jika ia menjalankan rawatan hanya mengikut kehendak pelanggan, tanpa mengambil berat ketetapan Syariat, tidak harus seorang muslim berkerja di situ kerana gaji/upahnya berlegar di antara haram dan syubhah.
Tambahan;
1. Adapun berusaha mengekal kemudaan dan kecantikan kulit dengan pemakanan (herba atau sebagainya), ia diharuskan kerana usaha itu melalui proses semulajadi tubuh, bukan dengan melakukan sesuatu untuk mengubah ciptaan Allah. Disyaratkan makanan itu halal dan tidak memudaratkan.
2. Begitu juga diharuskan bahan-bahan kosmetik yang bersifat luaran seperti bedak, krim dan sebagainya kerana sekalipun berlaku perubahan pada kulit, ia bukan bersifat kekal di mana ia akan tertanggal atau boleh ditanggalkan. Maka ia mengambil hukum mewarnai rambut, bercelak dan berinai yang diharuskan dengan nas Syarak. Namun disyaratkan bahan-bahan kosmetik itu suci dan tidak memudaratkan tubuh/kulit.
Oleh itu berhati-hati, jangan kerana ingin cantik agama digadai!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78