HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 Sep 2012

Putera William & Kate Middleton ke Malaysia

Putera William dan Permaisurinya ke Malaysia...



Duke and Duchess of Cambridge, Prince William  & Kate Middleton


Masih ingatkah anda dengan lakaran peristiwa bersejarah, perkahwinan Pasangan Diraja yang menjadi ikon dunia - Putera William dan Kate Middleton?  Perjalanan kisah cinta romantis mereka telah menjadi tatapan masyarakat dunia tatkala acara perkahwinan Pasangan Diraja ini yang dilangsungkan di Westminster Abbey pada tahun 2011 turut dapat disaksikan lebih 2.3 juta penonton di Malaysia melalui stesen TV pilihan ramai, ntv7. DAN kemudian, sebuah dokumentari khas William & Kate: A First Anniversary Celebration turut disiarkan pada 29 April tahun ini bersempena dengan ulangtahun yang pertama Pasangan Diraja itu.
Kini, sekali lagi sejarah bakal dilakar dan dijangka memberi rakyat Malaysia sebuah lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila The Duke dan Duchess of Cambridge membuat lawatan mereka ke Malaysia, termasuk Kuala Lumpur dan Sabah, dari 13 - 15 September, sempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Permaisuri Elizabeth.


                        Perkahwinannya di katakan mirip perkahwinan ibunya Puteri Diana.


Bagi menyemarakkan lagi keghairahan rakyat Malaysia menyambut kedatangan pasangan idol ini, Saluran Ceria Anda, ntv7 telah menyusun pelbagai rangka promosi antaranya sorotan khas dalam rancangan temubual, program hal ehwal semasa, hebahan melalui platform laman sosial, serta rentetan klip promosi.  Intiatif ini dicetuskan sebagai langkah promosi utama ntv7 melalui kempen Will & Kate - The Malaysian Tour  bersama-sama seluruh rakyat Malaysia untuk mengira detik ketibaan pasangan Diraja ini ke Malaysia bermula 1 September ini, iaitu 12 hari sebelum ketibaan mereka.

Selain itu, melalui laman sosial, komuniti Twitter di seluruh negara dialu-alukan menggunakan hashtag khas yang dicetuskan oleh ntv7 iaitu "#mywillnkate" - dalam semua mesej yang membincangkan mengenai lawatan pasangan Diraja ini. 

Bermula 9 September, ntv7 akan menyiarkan beberapa siri dokumentari mengenai Keluarga Diraja serta kisah cinta Putera William dan Kate. Penonton juga akan dihiburkan dengan filem-filem menarik sepanjang tempoh pengiraan detik. Selain dari program-program hiburan hebat tersebut, berita dan perkembangan terkini akan disiarkan dalam segmen edisi berita ntv7 termasuk 7 Edition, Edisi 7, dan Mandarin 7, bermula 12 September.

Penonton setia ntv7 juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan melalui sebuah kuiz "Watch & Win"  yang akan dijalankan di bawah inisiatif rangka promosi Will & Kate – The Malaysian Tour.

Cincin yang sama di pakai Bonda nya.

ntv7 juga akan menerbitkan sebuah program khas, Will & Kate – The Malaysian Tour.  Program khas ini yang akan disiarkan selama 1 jam akan melaporkan lawatan 3 hari Pasangan Diraja ini di Malaysia. Rancangan ini juga akan memaparkan temubual eksklusif dan sebalik tabir bersama pemenang pertandingan “The Ultimate Royal-Tea Competition” yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia. Pertandingan ini akan melihat dua pemenang bertuah memenangi peluang seumur hidup untuk bertemu dengan Pasangan Diraja di jamuan teh yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi itu. Peraduan yang diumumkan awal minggu ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia di mana setiap peserta perlu menghantar gambar digital mereka, kawan-kawan, mahupun keluarga yang sedang menikmati teh dengan cara yang kreatif. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 1 September 2012.  Maklumat lanjut untuk menyertai pertandingan boleh didapati melalui laman sesawang Suruhanjaya Tinggi British http://ukinmalaysia.fco.gov.uk/en/ atau Facebook www.facebook.com / bhckl.

Lawatan Pasangan Diraja ke Malaysia merupakan sesi lawatan mereka yang ke-2 selepas  Singapura yang dijadualkan pada 11 - 13 September. Pasangan ini seterusnya akan berangkat ke Solomon Islands (16 - 18 September) dan Tuvalu (18 - 19 September) untuk meneruskan lawatan bersempena sambutan Jubli Intan Permaisuri Elizabeth, yang menandakan 60 tahun pemerintahan beliau sejak tahun 1952.  Sebelum ini sambutan Jubli Perak Permaisuri dalam tahun 1977 dan Jubli Emas pada tahun 2002 turut disambut dengan meriah.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook  dan Twitter. 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78