HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

7 Sep 2012

Rawatan bayi songsang


Entry kali ini saya nak cerita sikit hal kehamilan adik kedua saya Ani. Ani sedang mengandungkan anak ke-2nya. Dijangka mekahirkan pada tanggal 29/9/2012. Tengok gayanya sihat walafiat je. Kuat aje kesana kemari. Perutnya pun tak de lah besar sangat.. Ramai yang meneka kemungkinan besar baby boy lagi, kerana anak sulongnya pun hero, Zahran namanya, dah 4 tahun.

Namun itu secara luaran, kita nampak dia ok je. Minggu lepas dia pergi ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya semasa kehamilan minggu ke 36. Huh, agak panik juga saya apabila Doktor mengesahkan kehamilannya songsang (breech). Doktor minta dia ke Doktor Pakar di Hospital Sg. Buloh, Selangor.

Hari ini, 7/9/2012,saya baru sahaja mendapat panggilan dari Ani pada pukul 4.30 petang meminta pendapat dari saya. Doktor menasihatkan agar dia melakukan urutan untuk memusingkan baby yang songsang tu..tetapi dia perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku,  pembedahan perlu di lakukan bergantung kepada keadaan bayinya.

Sekarang, kami masih lagi menunggu dan berdoa agar Ani dapat bersalin secara normal.
Semoga teknik urutan itu membantu dan tidak memudaratkan ibu dan bayi.

Amin amin amin....
 
 
Gambar Ihsan  Google : Macam ni la lebih kurang kedudukan baby Ani pada minggu ke-36 kehamilan.

 
 
 
Rawatan untuk bayi songsang di akhir kehamilan
Menurut garis panduan dari Royal College di UK Obstetrician dan Gynaecologists (RCOG) (NCCWCH. 2008:280), dari 36 minggu doktor akan menawarkan peluang untuk baby anda berpusing secara manual ke kedudukan kepala di bawah dengan memberi tekanan kepada abdomen iaitu dipanggil ECV (External Cephalic Version). ECV lebih berkesan untuk anak kedua dan seterusnya berbanding anak pertama. Kadangkala, baby enggan berputar kembali ke kedudukan sepatutnya. Namun, semuanya bergantung kepada kepakaran dan pengalaman O&G dan rezeki masing-masing.
 
 
 Harap kawan-kawan pembaca sudi mendoakan adik saya Ani supaya dapat melahirkan baby keduanya dengan normal dan mudah bila tiba masanya nanti. Amin.

1 comment:

  1. semoga dipermudahkan utk ur sis..amin..

    btw.tq for sharing..useful info..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78