HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 Oct 2012

Apa kehebatan Herba Maharani ni?

Pil Maharani

“Jika Sang Suami mengetahui khasiat pil maharani ini, setiap malam PASTI suami akan merayu isteri memakannya”..
 Apakah ramuan hebat yang terkandung dalam herba ini?
Menggabungkan 16 jenis ramuan bernilai dengan pati ayam hitam sebagai ramuan utama. Produk keluaran Beijing Tong Ren Tang. Tong Ren Tang merupakan tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun. Merupakan pembekal tunggal ubat-ubatan kepada Maharaja semasa Dinasti Qing. Tong Ren Tang, Te Zhi Bai Feng Wan diperakui sebagai produk terkenal di China pada tahun 1994. Diiktiraf sebagai spesis Ubat Herba yang terpelihara pada tahun 1998.

 Di mana asalnya tercipta herba ini?
Berasal dari Dinasti Tang. Terkenal semasa Dinasti Ming sebagai ilmu dan rahsia kecantikan awet muda dan kesihatan lebih 3000 tahun dahulu. Herba Maharani ketika itu hanya diproses untuk keluarga Maharaja sebagai herba penyubur, kecantikan, awet muda dan kesihatan.


Asal-usul nama herba?
Ia dinamakan Herba Maharani sempena nama Maharani Te Zhi, yang mana antara Maharani yang mengamalkan herba ini. Maharani Te Zhi memang sangat mementingkan kecantikan dan kesihatan. Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming, Maharaja ketika itu dikatakan mempunyai 9999 maharani dan gundik dan Maharani Te Zhi yang paling disayangi Maharaja. Maharani Te Zhi mempunyai kulit yang licin dan seperti lilin. Maharani juga melahirkan anak lelaki sebagai waris takhta.

                           http://4.bp.blogspot.com/-YDm4mJKzHHg/T-qn0NB_30I/AAAAAAAAAJs/OgigGW7x2Mg/s1600/herba-maharani.jpg

 Apa kehebatan Herba Maharani ni?

1. Ia akan menyelesaikan masalah haid tidak teratur.
2. Menyelesaikan masalah senggugut, keputihan dan kekuningan.
3. Anti bakteria (sekitar faraj)
4. Melegakan sakit pinggang, sendi dan lutut.
5. Melegakan migrain dan angin dalam badan.
6. Menguatkan hati dan buah pinggang.
7. Melegakan asma.
8. Menghilangkan bau mulut (terutama waktu pagi)
9. Baik untuk pesakit diabetes (untuk kencing manis)
10. Menyelesaikan masalah buasir.
11. Merangsang hormon estrogen, progesterone & androgen (hormone seks)
12. Menberi kebahagiaan kepada pasangan.
13. Kesuburan dan awet muda.
14. Mencantik, menegang dan melicinkan kulit.
15. Menaikkan seri muka.
16. Menegangkan payudara.
17. Menghilangkan kelesuan dan muka pucat.
18. Melambatkan proses menopous.
19. Menguatkan antibodi/imunisasi.
20. Melancarkan peredaran darah.
21. Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam.
22. Amalan semasa berpantang.
23. Menambah darah semasa bersalin.
24. Menguatkan otot-otot rahim dan peranakan.
25. Memperbanyakkan pengeluaran susu badan selepas bersalin.
26. Menghilangkan urat timbul.
27. Mengimbangi tekanan darah.
28. Meningkatkan kecerdasan minda.




 
Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari.

Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid).

Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan.

Tapi kalau nak makan malam pun boleh.

Makan mestilah bersama air suam.

Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba.

Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.

Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba

Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan)

Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung selepas period)

Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak ,stop untuk bulan itu, sambung selepas period)

Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang. Lepas period ulangi cara makan yang sama.
 
 Perhatian :
Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein semasa mengambil Herba Maharani.Sewaktu makan asid folik atau ubat subur yang lain, anda juga boleh makan Herba Maharani. Akan tetapi, dinasihatkan anda makan makanan kesihatan/ supplemen ini pada selang masa sekurang-kurangnya 4 jam. Contohnya, selepas makan asid folik, anda boleh makan Maharani selepas 4 jam.

Harap maklumat di atas membantu anda.


 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78