HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

24 Oct 2012

Bayi lahir dengan gigi?

Kamil Imani, Bayi lahir dengan gigi?


Dah boleh nampak giginya.

Subhanallah..Allahuakbar!

Saya nak berkongsi cerita. Pada saya ianya suatu kisah yang menarik bagi saya.
Kerana tidak pernah pula berlaku pada anak-anak saya atau sesiapa sahaja keluarga ataupun kenalan saya sebelum ini.

Bayi lelaki dilahirkan dengan gigi. 
 Percaya ke tidak?

Lihat pada gambar (sorry gambar tak berapa jelas, kerana baby tak selesa mulutnya di ngangakan..kesian dia)

Gigi bahagian atas kelihatan

Di lahirkan pada 5hb October 2012, Bayi yang diberi nama Kamil Imani Bin Mohd Nazri adalah anak kedua kepada Mohd Nazri Bin Abu Samah dan Musfa Aini Binti Musa.
Dilahirkan secara normal di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Pada mulanya, kami sangkakan putih2 yang melekat pada gusi tu adalah lebihan susu. Kami cuba mengelapkannya. Tetapi apabila kami periksa, rupa-rupanya itu adalah sesuatu yang keras..dan ianya adalah GIGI.

Kamil Imani yang kini menyusu badan sepenuhnya adalah seorang bayi yang sangat baik dan tidak banyak mengolah. Alhamdulillah. Semoga dia akan sentiasa sihat-sihat dan akan menjadi anak yang soleh dan beriman.

Kini dia masih dalam tempoh berpantang di rumah emak saya di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Inilah lagi petanda kebesaran Allah dan semoga akan membawa kemurahan rezki kepada Kamil Imani sekeluarga.
InsyaAllah





ps : Kamil Imani adalah anak saudara saya, anak kepada adik perempuan saya, Musfa Aini
















3 comments:

  1. subhanallah! mmg stp ciptaanNYA punya keunikan dan menunjukkan kebesaranNYa...ALLAHUAKBAR !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,,pasti ada hikmahnya. Amin

      Delete
  2. Sy pun ade gigi msa lhr

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78