HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

22 Nov 2012

Selamat Pengantin Baru PaKCik Kecik...

Musim cuti sekolah bermula 9.11.2012..maka bermulalah marathon untuk menghadiri kenduri kendara..tak kira la yang bertunang, yang cukur jambul, yang baru balik mengerjakan Haji, yang nak berkhatan dan paling banyak majlis perkahwinan...


Maka seawal cuti sekolah, kami sekeluarga pulang ke kampung halaman emak di Kampung Kota Trosor, Sungai Siput Utara Perak.
Adik mak yang bongsu, yang no 8 telah sampai serunya untuk berkahwin..




  Hah..dia bukan lah tua kerepot ye kawan2..hehehe.. Dia muda dari saya..Baru 20an.. 
Kata arwah atuk..ni anak lepas pencen polis..hehehe

 

Mohd Faizal Othman..itu lah pakcik saya. Dia bertugas sebagai askar di Sabah. 
Makcik kami ni orang kampung situ juga. Ni kes orang tua yang carikan jodoh.
Moga cinta lepas kahwin ni kekal abadi bahgia.




Kalau kenduri di kampung selalunya memang masak gotong royong. Best tengok. Kalau di kawasan bandar ni, katering lah kan.. Mana ada kakitangan nak kendalikan semua tu. Menu utama nasi minyak, of koz. Ada rendang tok, ada gulai kari kambing, ada ulam2, ada kerabu, ada Gulai Kemahang..hah ni memang famous kalau di Perak. 
Tapi sowi,...lupa plak nak amik gambonya



 Tu dia...orang2 kuat nak sambut pengantin sampai masa ni. Dari kiri opah sedara Opah Nyin, Opah saya, Maksu Lela, Mak Uda Yati then Emak saya. Depa ada warna tema masa hari besar ni. Hijau. Kenapa? Sebab CikJai yang kawin ni askar.



 Konon2 nak juga la snap kat bahagian memasak kat dapur. Alhamdulillah..kerja masak gotong-royong masih meriah kat kampung ni. Nasi kawah memang masih jadi amalan kat sini.
Tu adik sepupu saya Uyun, anak Mak Uda,  sekarang dok belajar kat UPSI. Cikgi  la ni..hehe



Hah..memang tak lain tak bukan..itu suami saya.. 
Memang tak dapat di pisahkan dengan karaoke..
Memula tu memalu kucing.. Dah lama2..kucing plak malu kat dia..hahaha.. Belasah je.. Lagu fav yang dia mesti akan nyanyi, Kasih Ibu, Kenangan Semalam, Biasan, Memburu Impian, dan banyak lagi. Dah macam artis jemputan pulak yer..


 Acara wajib!!! 
Pengantin dok sibuk posing kat atas..meh kita melantak lauk pengantin..Hahahaha.
Tu antara adik sepupu yang sekali sekala berkumpul..macam2 cerita kami sembang..Gamat!! Oh ya..Saya ni cucu sulong..maka ramai lah adik sepupu.. Ada yang dah berkahwin, dan ada juga yang masih bersekolah..

 Hah ni lah dia Opah saya, Zauyah Binti Bahauddin, dah dekat 80tahun umurnya. Alhamdulillah..sampai juga hajat dia nak tengok anak2 dia semua kawin semasa hayat dia. Opah dah tak berapa kuat..nak berjalan kena bertongkat..tapi selalunya eksen..tak mau pakai tongkat..heheheh...
Cucunya dah 25 orang, cicitnya dah ada 13 orang..

4 comments:

  1. same cantik same padan,,selamat pngntin baru utk pakcik akk =)

    paling pebret port karaoke,,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ...
      Karok tu harus ada...tempat nak melalak selepas penat kerja hehehe

      Delete
  2. semoga berkekalan jodohnya...jom semarak cinta di Galeri Malam Pertama Cameron Highlands hanya di MARDI Station CH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..tq for the doa...
      Wah..g Cameron Highland..best

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78