HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

15 Dec 2012

20 Kanak-kanak mati di tembak secara rambang di Newton, USA

Gambar Ihsan Google
Adam Lanza, 20 tahun berasal dari Newtown, USA yang telah menembak kira-kira 20 kanak-kanak yang berumur antara 5 tahun hingga 10 tahun.

Beliau telah menembak ke muka ibunya Nancy di rumahnya, sebelum dia memandu kereta berdekatan dengan Sandy Hook Elementary School yang merupakan tempat di mana ibunya pernah bekerja sbelum ini.

Di fahamkan dengan two handguns dan sekurang-kurangnya satu semi-automatic rifle, dia telah melepaskan tembakan kearah kanak2 di situ sebelum menembak ke arah dirinya sendiri.

Siasatan mendapati penembak mudah melakukan tembakan kerana ketika itu kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 10 tahun, terperangkap di dalam bilik.

Gambar Ihsan Google

Pengetua sekolah terbabit adalah antara yang terbunuh termasuk 5 orang lagi guru di sekolah tersebut.

Adam dikatakan "obviously not well." Kedua ibu-bapanya di katakan telah bercerai pada tahun 2009. Dan mungkin juga keadaan latar belakang keluarga ini mengganggu emosi dan tahap pembesaran Adam seperti kanak2 yang lain.


Gambar Ihsan Google

 Kejadian itu mengejutkan seluruh AS, yang memang tidak asing dengan kejadian-kejadian seperti ini.White House mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda berkabung.


 

6 comments:

  1. gara2 pengaruh dari permainan video yg terlampau ganas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya juga teknologi semakin maju

      Delete
  2. ade masalah mental budak ni sbb tetekan sgt kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah family bercerai juga penyumbang kepada keruntuhan akhlak anak2...
      kesian

      Delete
  3. dia ni mmg ada mslh tapi tak dapat nk selesaikan cara diplomasi.. akhirnya org lain yg jadi mangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian jugak kan...dah nasib depa

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78