HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

21 Dec 2012

20.12.2012 Part 2

Salam semua.. Sambungan cari cerita 20.12.2012.
Selepas habis makan..kami pun mulakan ronda tawaf 1 Utama.
Hah, Opah memang lega sangat lah sebab ada bantuan Skuter ni.



Saje jalan2 santai bagi Opah tengok suasana di 1Utama. Hah Opah tertarik tengok arca Kapal tu yang snap gambar dia kat situ.


Kebetulan 20.12.2012, menjelang Hari Natal, maka decoration di sini semuanya berasaskan tema Candies dan snowman. Sempat jugak lah opah posing buat kenang-kenangan nanti.



Letih berjalan, singgah la di Big Apple. Kata Opah..dia tak lalu nak makin manis2 tu.. Makanya kami beli dan tapau untuk mereka2 yang kena tinggal kat rumah tu...hehehe
 
Posing jangan tak posing. Hah saya lah tu selepas tapau Big Apple :)


Seterusnya saya bawa opah ke kawasan Rainforest. Apa yang menariknya di area outdoor ni yang terletak di wing baru, terdapat mini Aquarium. 
Hah ada juga di letakkan details ikan2 yang terdapat di situ.


Masa ni Opah cakap dia nak turun, nak jalan2 kat taman nan hijau tu. 
Rindu suasana kampung lah tu sebab sudah dekat3 minggu Opah duduk KL round ke rumah anak2nya..


Anakanda Aiman Faris juga seronok berlari bersantai di dalam kawasan air terjun buatan ni. Ada juga kolam ikan dengan titi di kawasan kolam tu. Best kan..

Setelah letih bersantai di outdoor kami pun berhenti minum di Kluang Station.
Macam2 ada untuk minum petang. Kami order roti bakar kaya dan popiah. 
Teh tarik dan nescafe jadi pilihan.
Selepas selesai basahkan tekak, kami pun gerak pulang ke rumah.
Alhamdulillah...lega dapat tunaikan hajat Opah..

6 comments:

  1. untung opah dpt cucu baik gini :)

    ReplyDelete
  2. Kelas gitu..jalan jalan dengan Opah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..skali skala luangkan masa dating dengan Opah

      Delete
  3. bestnya... untung opah ada cucu sebaik akak... slalunya ramai yang malu nak jalan ngan warga emas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tru Anna...semalam memang ramai yang pandang semacam dua macam..
      Eh..tak salah kot bawa opah jalan2...
      On day kita pun akan sampai umur tu..jika panjang umur INSHA ALLAH

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78