HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

20 Dec 2012

20.12.2012

Salam Hari Khamis semua.
Alhamdulillah..dapat kita jumpa tarikh yang cantik lagi 20.12.2012
Bagi saya tarikh ini memang akan menjadi kenangan buat saya.
Kenapa??

Hari ini saya membawa Opah saya Zauyah Binti Bahauddin, 77 tahun meronda ke 1Utama, Petaling Jaya. Anakanda Aiman juga saya bawa untuk jadi peneman. Yang lain tak dapat nak bawa coz tak boleh nak control as now tengah SALES!! Ramai umat manusia.
Sudah 1 week Opah ada di Kuala Lumpur, datang melawat anak cucu cicitnya.
Kampung Opah di Kampong Kota Trosor, Ipoh Perak.
Seawal jam 11.30 pagi kami dah sampai di sini.


 Itu dia my Opah. TQ to 1Utama coz ada perkhidmatan skuter. Kenapa? Sebab Opah saya ni dah tak kuat nak jalan. So legalah skit ada skuter ni. Semua control pada handle..nak ke depan or kebelakng siap ada hon. Selesa sangat untuk warga emas.
Nasib sampai awal and dapat sewa skuter ini coz limited ye uols.
FREE aje.. u just need to leave your driving license sebagai cagaran. Bila dah nak balik nanti return and collect your driving license.

Tujuan kami kesini sebenarnya nak memenuhi keinginan opah... 
Cari punya cari..hahhhh...jumpa juga signboard ini

Food Republic @ L2

Apa yang menariknya? 
Hehehe sebenarnya Opah teringin nak makan Hot Plate Mushroom And Mee with Egg.
 Dah lama pun tak bawa dia kesini sebab sebelum ini saya stay in Penang.

Opah yang sporting..swuh posing, dia senyum aje.. Dah sampai depan entrance Food Republic di 1 Utama Petaling Jaya.


 Ronda-ronda, hah..tu dia.. in the marking.,Ada apa yang di cari!!! Hah..Nak Mee?Yee Mee? Macam2 ada.



Tersenyum ye dia dah dapatapa yang di hajati..Alhamdulillah.
Seronok tengok opah happy.

Saya juga mencari apa nak di bedal now.
Terus terpikat bila tengok makanan as per gambo di bawah...
Cuba tengok...terliur tak??  Ni di stall Western Cuisine. Jom layan.

 Harganya berpatutan. Ok lah..Ada macam2 menu. Pilih mana yang bersesuaian.
 

 Hah..saya pilih Fettucini with Mushroom and Beef.. Oklah..sedap juga.
Bedal sampai habis. Kelaparan.


Ok bagi kami layan our lunch dulu.
Next part 2..Kita sambung cerita tentang 20.12.2012 masih di 1 Utama....

6 comments:

  1. wah, siap ada hon lagi,, tertarik la pulak,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..ada you... rasa nak naik gak tadi tp nampak mcm buang tebiat plak erk..hehehe

      Delete
  2. wah, syoknya opah dapat naik skuter sambil cuci mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..opah cakap dah tua2 baru merasa naik bumper car..hahaha...lawak opah

      Delete
  3. ow..xtaw plak kat sne ade sdiakan skuter..=)
    sedap makanan tu..hrga pon sedap..hehe
    lau yaya xbiase mkn dgn hrga mcm tu...^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Yaya..
      Sekali sekala boleh la kot g makan mcmni..bulan pun tengah terang ni hehehe
      Haah skuter tu limited tau.. Siapa cepat dia dapat

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78