HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

26 Dec 2012

Cuti Hari Natal 2012 Part 2

..sambungan dari part 1.

Setelah selesai dengan urusan di Carrefour..kami semua berjogging ke Subang Parade. Sebelah aje dengan Carrefour.. So tak perlu nak keluar masuk parking.

Tu dia..Subang Parade. Masa kecik2 dulu tak banyak Mall maka dekat sinilah tempat kami nak shopping terutamanya for hari raya.



Sempat lagi nak posing tepi ni..hehehe. Saje nakbuat kenangan Atuk Opah dengan cucu3nya
Jalan tak sesibuk hari biasa. Mungkin juga sebab direct holiday since weekend ramai yang balik ke kampung halaman kot.


Melangkah masuk je ke dalam Subang Parade, kedengaran bunyi loceng aiskrim. Aikkkk ada orang jual aiskrim apanya ni? Sebab ramai yang tengah kerumun.
Rupa-rupanya ada Mr Santa Claus sedang membahagi-bahagikan cokelat to all the kids.

 Aina pun dengan selamba pergi dapatkan cokelat FREE tu. Aiman dan Alif pun tak ketinggalan. Ramai juga manusia rupanya.


Actually datang kesini nak cari tempat repair kasut dan beg. Harganya berpatutan juga.
Saya menghantar beg kulit yang terputus talinya. So depa caj RM60 coz will tampal dengan kulit juga. Ok lah..kemas. Tak ramai orang maka dalam masa 1jam dah siap. Sesiapa yang tercari2 boleh p kat Ground Floor yer.


Oleh kerana berjalan dengan para askar kecik yang banyak ragam and also pity my parents dah jenuh berjalan maka kami bercadang mencari pot makan...
Kebanyakan tempat penuh.

Chicken Rice Shop menjadi pilihan.
Ramai juga orang, tapi nasih baik dapat tempat duduk.
Alhamdulillah.


Anak-anak dah besar dan dah pandai nak pilih menu pilihan sendiri. Go ahead. Asalkan jangan membazir k.


 Sementara menunggu makanan...apalagi...posing lagi. Ni untuk bukti kehadiran siapa yang teman saya dan anak-anak keluar hari ini. Maklumlah, suami saya bertugas di perantauan.


Ok next..jom layan ye gambar acara makan-makan.



 Aina dengan nasi ayam junior set. Berbaloi...meaning takde lah banyak sangat. 
Just nice for her
 

 Alif pulak memang suka noodles. Tak kiralah apa pun. Nasi memang susah skit dia ni.
Mee Kari with 3 layer tea menjadi pilihan


Aiman ni memang lah peminat tegar nasi. hehehe.
Tengok lah tu..siap suap guna tangan.. baru feel dia kata..

Shopping time!!!
Saya tak de membeli pun. Maklumlah baru setel hal barang2 dan yuran untuk persediaan sekolah anak-anak. Makanya cuci mata je lah.


Tapi..abah saya, pesara penncen Kerajaan, layan shopping. Bonus masyukk lah katakan.
Tak de lah sakan coz abah saya ni jenis sayang barang.
Membeli bila perlu.
 



Dapat posing pun jadilah...
Next time mai shopping yer :) hehehe 

So kesimpulannya..2 destinasi dalam 1 hari. Penat jugak coz budak2 ni jenuh nak kawal.
Yang penting happy dapat bagi depa p outing dengan atuk dan opah.


Anda kemana on Christmas Holiday ??

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78