HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

14 Dec 2012

Datuk K Kemalangan Di New Zealand, Siti Jalankan tanggungjawab Batal Konsert Di Banjarmasin

 Salam semua teman2 pembaca blog.  Semua sedia maklum atau mungkin ada juga yang belum tahu tentang Datuk K, suami kepada Siti Nurliza telah kemalangan di New Zealand.

 Kita merancang tetapi Allah yang menentukan. Berita sedih buat Siti Nurhaliza diterima hari ini apabila Datuk K mengalami kemalangan ketika berada di New Zealand. Datuk K dikhabarkan patah bahu kiri dan mengalami kecederaan di tangan dan kaki akibat kemalangan yang melibatkan motosikalnya.

Gara-gara mendapat berita suami kesayangannya kemalangan, penyanyi wanita tanah air, Datuk Siti Nurhaliza telah membatalkan persembahannya dalam Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin. Tabiklah  Siti yang mendahulukan kepentingan untuk suami daripada kerjayanya sebagai penyanyi terkenal. Alhamdulillah. Kredit buat Siti. 

  Namun begitu keadaan Datuk K dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan. Siti Nurhaliza yang sepatutnya mengadakan konsert terakhirnya di Banjarmasin terpaksa membatalkan persembahan tersebut untuk terbang ke New Zealand demi berada di sisi suaminya yang lebih memerlukannya pada masa ini.

 Siti yang cemas dan risau telah meminta kakak iparnya itu menempah tiket ke New Zealand dengan kadar segera.Namun, tiket penerbangan yang ada hanyalah pada hari esok dan mereka dijadualkan akan berlepas pada jam 12 tengah hari.


“Kata salah seorang kakitangan hospital tersebut, Khalid berada di dalam keadaan stabil. Namun, mereka terpaksa merawatnya dengan lebih lanjut kerana ada beberapa bahagian di badannya itu patah dan mereka bimbang kalau-kalau berlaku kecederaan dalaman.
“Buat masa ini, itu sajalah yang mampu Kak Tun beritahu. Sebab, Khalid masih belum boleh bercakap lagi. Mungkin kesan daripada ubat yang diberikan,” beritahu Datin Zaiton, kakak ipar Siti.



 Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan menghabiskan masa terluang di waktu petang dengan menunggang motosikal di sekitar Queenstown. Semoga kecederaan yang dialami oleh Datuk K akan pulih dengan cepat. 

Sama-samalah kita doakan.

 

Gambar Hiasan

 

 Info googgles

4 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78