HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

14 Dec 2012

Harimau Malaya Tewas di tangan Thailand 2-0,


"Apa sudah jadi..apa pasal korang K-Pop? Aduhai... Ini betul2..bukan cobaan"



Aksi pertemuan di antara Malaysia - Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki. Malaysia tewas kepada Thailand 2-0


Malaysia gagal melangkah ke peringkat akhir apabila tewas dengan agregat 1-3 kepada Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Supachalasai, di sini, sebentar tadi.

Tuan rumah boleh dikatakan menguasai sebahagian besar perlawanan.
Ada juga yang menyatakan mutu pengadilan adalah berat sebelah.
Malaysia pula tertekan pada penghujung babak separuh masa apabila pemain pertahanan, Mohd Fadhli Mohd Shas diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.
Dengan 10 orang pemain di atas padang sangat mengundang kekacauan emosi kepada ahli pasukan yang lain.
Sebelum ini, Malaysia dan Thailand seri 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dengan ini Thailand akan bertemu Singapura pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki.



Walaubagaimana pun semangat kesukanan yang tersemat di jiwa rakyat Malaysia, sentiasa mendoakan kejayaan pasukan negara untuk perlawanan yang mendatang.



10 comments:

  1. kecewanya..:(
    tapi harimau malaya kalah bermaruah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pejuangan belum selesai...
      teruskan Harimau Malaya

      Delete
  2. xpe, sebagai penyokong sokong time menang je, time kalah pun kena sokong..hehe

    ReplyDelete
  3. harap2 sebab ni ramai tak minat k-pop dah.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. banggakan muzik tempatan ye uolss

      Delete
  4. kt fb ramai dh nk boikot kpop =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus...jgn terikut2 budaya luar

      Delete
  5. reff k-pop cam k-mak!opssss

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78