HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

13 Dec 2012

Istimewanya 12.12.12 Dinner at Medan Selera Jalan 223

Salam sejahtera semua.
12.12.12. sudah berlalu
Semua memperkatakan tentang tarikh yang cantik kombinasi nombornya.
Apa yang istimewanya bagi anda?

Maka saya juga nak kongsikan detik2 best saya bersama anak3 serta ayah bonda saya pada malam 12.12.12.

Apa yang istimewanya?
Hah,dah lama kami tak ke Medan Selera 223, yang terletak di Petaling Jaya Selangor.
 Mungkin bagi yang pernah kesana akan berkata "biasa je.."
Tapi bagi saya, setelah hampir 3 bulan Medan Selera 223 ini ditutup kerana kerja2 pembinaan baik pulih, maka kunjungan kali ini memang mengharapkan kelainan.


Ini dia rupanya Medan Selera 223 dari arah pintu hadapan pada waktu malam.
 Setiap masa ramai aje pengunjungnya.. Seawal 6pm to 3am di buka kepada awam. Ada macam2 menu di sini. Malaysian Food mostly, nasi lemak panas, nasi lemak kukus, nasi ayam, sup ekor, sup kambing, nasi segala jenis nasi, laksa, tomyam..fuhh..macam2 ada. Masakan mamak pun ada. Western food pun ada juga. InshaAllah, u just name it.


 Ini meja kami. Memang rezki anak3, parking pun senang dapat tadi & meja pun senang dapat coz selalunya penuh kena tunggu giliran until orang lain habis makan.


 Saya ni memang peminat laksa. Maka datang ni memang mencari laksa. 
Hah, ni dia. Laksa meletop!!!


 
 Owner Laksa Penang Rahim gerai No 56 ni berasal dari Permatang Pauh, Penang. Hah, abah saya yang 1st time cuba pun cakap sedap laksa dia, tak hanyir, pekat kuahnya dan memang boleh order lagi.

  

Anak-anak kalu dok senyap tu..hah..ada ler benda yang depa gemar.. Apa tuh??



 Kerang Bakar. Ini antara menu wajib kami. RM5 je sepinggan. Leka anak2 makan. 
Tapi hati2 kalau makan kerang yang belum di kopek tu Ada ketam kecik tu kena buang ye. Nanti perut meragam pulak.


Hah, otak-otak juga antara menu wajib apabila kesini. Sekeping 60sen aje. Tengok la Aina, dia sorang je boleh bedal 5keping Otak-otak tu. Kus semangat


 Antara sebab ramainya orang datang kesini ialah Nasi Lemak panas. RM1.20 sebungkus. Tambah lauk lain harga lain lah ye..


 Tengok ajelah anak-anak saya membedal. Sekurang2nya 2 bungkus seorang.
 Berbaloi-baloi.


Inilah dia kedai nasi lemak tu. Dia bukan buat bungkus siap2 banyak2 tau. Tengok tu, dia bungkus masa tu jugak. So memang di jamin panas2 lagi masa dihidangkan.


 Kipas kak jangan tak kipas..hehe. Otak-otak in the making.. 
Akak ni segan nak posing. Dia cakap "amik je lah gambar spontan"


 
Western food pun ada. Sizzling gitu. Harga pun berpatutan. Should try.


Apapun, saya memang rekemen lah Medan Selera 223 pada anda semua. Sekarang dah bersih selepas pengubahsuaian di lakukan. Tengok je gambar di atas. Kalau dulu bumbungnya bocor, lantainya becak. Tapi sekarang dah bersih.


Yang penting 12.12.12 saya dapat luangkan masa dengan anak2 serta ayahbonda bersantai makan lewat malam bersama2. 
Hampir pukul 11malam, guruh pun dah berbunyi, maka kami pun gerak pulang.
Alhamdulillah

7 comments:

  1. memang betul2 meriah ha.. ramai orang makanan dia pun nampak sedap je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..memang macam2 ada. Harga pun berpatutan

      Delete
  2. fuhh..klu i ni mau pulun mkn xhingat kt aish dah ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti g lah... Pagi2 ada ada telur separuh masak dangdut..hehe

      Delete
  3. Ade kerang bakar??tp ade mber cter sana ade tauhu bakar sedap..btul ke??? kalo btul sy n mber2 nk try....

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78