HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

23 Dec 2012

KELEBIHAN MENCIUM ANAK

KELEBIHAN MENCIUM ANAK:



Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.

Aqrak berkata;
 

"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernahaku cium." 

Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadandia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. 

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah,kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."


Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."


Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."


Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

12 comments:

  1. Alhamdulillah... saya selalu mengamalkan sikap mencium anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus..teruskan amalan tu..

      Delete
  2. betul tu kak fuza..bl selalu cium anak, rs syg makin mendlm, klo nak babab dia pun jadi tak sampai hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau babab pun..malam sat g mesti g belek2 tpt kena babab tadi tuh

      Delete
  3. mmg amat dgalkkan mcium ank sejak dri kecil lg..
    spya ank tu kurang sikap degil, baik..
    InsyaAllah..bila cium tu lebh baik jg dsertakan dgn doa..
    mudah2an ank mnjadi ank yg soleh/solehah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju. Betul apa yaya cakapkan tu

      Delete
  4. insyaallah... anna akan amalkan bila dah berumah tangga nanti.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. good sis..yang penting niat :)

      Delete
  5. suka cium aish..hehe..yg besar2 dh jrg cium..huhu

    ReplyDelete
  6. Banyak pahala mencium anak dan belikan sesuatu utk anak.Untungnye.Kalau anak buah pon dikira jgk x. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..yang penting niat kita ikhlas

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78