Followers

NUFFNANG

Thursday, 13 December 2012

Kes Dera Kanak-Kanak Bangsa India di Meru, Klang

Kes Dera Kanak-Kanak Bangsa India Oleh Bapa Tiri di Meru, Klang, Selangor. 

Tidak Berperikemanusiaan!

 PERKEMBANGAN KES DERA KANAK-KANAK:

Lelaki yang terlibat adalah bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, telah ditahan dan disiasat di bawah Sek. 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Kanak-kanak malang tersebut kini dirawat di Hospital Klang di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Cubalah lihat video di atas? Apalah dosa kanak2 ini??

Anda ingat tak dahulu pernah ada talian TELEDERA??

Perkhidmatan talian bebas tol Teledera 1-800-88-3040 telah ditamatkan untuk menjadikan Talian Nur 15999 sebagai talian utama mengenai aduan, bantuan dan pertanyaan kes-kes penderaan.

Talian Teledera yang pernah beroperasi 24 jam sehari, diwujudkan sejak 1992 bagi membolehkan orang ramai melaporkan kes penderaan. Tetapi terpaksa di hentikan atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan.

 

Sayangilah anak-anak kita 

6 comments: