HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

22 Dec 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 6 Tema Rancangan TV

Di mulakan dengan nyanyian lagu Birthday buat MC kita...Ac Mizal Peace YOOO.. 
Umur dah 41 tahun



Minggu ini dah di beri amaran; Rancangan bercorak Agama TIDAK DIBENARKAN...
Rancangan yang bercorakkan MOTIVASI sangat2 di galakkan..

Persembahan dimulakan dengan Kumpulan Boboi.
Berkisahkan Buaya Bunny tah haper2 tah.. Macam agak boring ekceli.
Bermain perkataan B..berbululah..buaya bercabang..tah apa2 tah..
Dok "ehek.ehek..ehek..." 
N ada lagu "B.O.I.K.O.T barangan Yahudi"
Sowi...kurang gelak 



Kumpulan SayWho 
"Chef la sangat" Cik Lah and Chef Jo..
Resepi yng di bawakan ialah "Ikan Siakap Ketemu Pacar Di Shah Alam Lalu Menikah Punya dua anak dua cucu"
serta resepi kedua di beri nama
"Ikan kembung cantik jelita rupawan tiada paras che lah yang cantik sexy tiada tandingannya"
Both dengan gaya chef yang mengancam dan macam2 ragam sambil seorang lagi meniru lagak Baby A..hehehe
Lawaknya best..kerana walaupun dari Indonesia tetapi dah pandai ambil hati rakyat Malaysia. Tahniah..



Kumpulan R2
 Isu Masyarakat Tidur Tepi Jalan
Pakcik My Your Own Business..yang duduk sebenarnya duduk di Apartment dan tak selesa due to jiran2 ganggu..so decided tido di tepi jalan.
Saya rasa cerita dia berkisar macam Majalah 3 kot?
Melalut sikit kot R2 malam ni.
Kurang ketawa.



Kumpulan ShiRo Bertemakan Rancangan "Bersamaku"
Mengisahkan Pakcik Marzuki yang duduk keseorangan serba daif.
Dia di buang kerja kerana dia tak buat apa2..hehehe.. Lawaknya alwiz bersahaja.



Bagi Kumpulan SaBon..
"Jejak Mutiara yang hilang"
 Seorang Bapa dapat menjaga 10 orang anak..tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang anak.
Mr Kuppu Samy Rago Ragu yang dahulunya kaya raya telah menjadi mangsa diketepikan anak2 dan terpinggir di tempat sampah..



Kemunculan Kumpulan Jambu memang sangat di tunggu2kan.
Maharaja Lawak Megasales menjadi tajuk pilihan.
 Menarik kerana depa meniru watak2 para juri. Best!!
Para juri juga terbahak2 ketawa til Lisa Berdiri bertepuk
Memang layak di beri gelaran sebagai PELAWAK.

 

Kumpulan Bandung Jokers dari Indonesia dengan tajuk "Betul ke Bohong"
 Soalan Pisang tanduk, soalan Besi sakit, soalan kucingberlari suka tengok ke belakang AC yang berasal dari perempuan?
Kata Lisa intipati lawak ada improvement berbanding dgn minggu 5.



Kumpulan Jozan adalah kumpulan favourite ramai.
"Propaganjil" menjadi tajuk pilihan.
Both of them menjadi kepoh2 mengajuk pengacara rancangan ini. hehehe
 Elfira Loy berhenti berlakon??
Rumah Awie kena kepung?? y? Y??
Wulan nak jadi penyanyi?? Awie rap??
Tetiba Baby A pun ada..
Lawak juga..hehe haPENING!!




Siapakah yang akan tersinggkir pada minggu ini??
Bak kata Wulan..berat juga ya nak umum 1 kelompok yang akan terkeluar.


BANDUNG JOKERS tersingkir pada minggu ke 6 ...



 


Sekiranya anda ada kumpulan pilihan hati, janganlah lupa mengundi *_^
ML <3/5/10><jarak> Nama Kumpulan dan hantar ke 32888

 
contoh ML20 <jarak> JOZAN dan hantar ke 32888.

Apa sekali pun...tq kepada MAHARAJALAWAK MEGA minggu ke 6 kerana menjadi pembuka kepada hujung minggu yang ceria buat semua.




P/S : Nak tengok lagi ulangan slot ini  *_*



2 comments:

  1. maharaja lawak malam nie . jambu paling meletop huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..best.. Jambu memang umpphh

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78