HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

15 Dec 2012

Maharaja Lawak Mega Minggu Ke 5 Tema Muzikal Komedi


Malam ni malam layan Maharaja Lawak Mega 2012.
Seperti biasa pasti ramai yang berlumba2 duduk depan tv.




Peserta-peserta yang beraksi pun semuanya tidak kurang hebatnya. 
Seramai 11 peserta pada awalnya.

Tetapi minggu ni hanya 8 kumpulan akan beraksi kerana 3 kumpulan telah pun terkeluar pada minggu ke 4, iaitu Kumpulan Da Di Du, Kumpulan PiMai dan Kumpulan Balas.
Ada juga 2 kumpulan dari negara jiran, SAYWHO dan Bandung Joker.




Juri-jurinya pun memang tak kurang hebatnya.. Siapa tak kenal Awie, Mulan, Lisa and Najib.
Setiap minggu pelbagai komen membina diberikan oleh mereka untuk memantapkan persembahan pada minggu2 akan datang sekiranya peserta tidak tersingkir.





Apa yang menarik minggu ke 5 ni? 
Pada saya setakat ni minggu ke 5 paling best.
 Tema minggu ini "Muzikal Komedi"
Mana tidaknya. Macam-macam lagu yang di ketengahkan dengan pelbagai lirik yang di ubah suai dengan jalan cerita masing2.. Hahahaha..
Gelak kejang perut weii..

Paling best  Kumpulan Saywho dengan pelbagai lagu malaysia yang di ubahsuai.. Memang best Saywho. "Bereeeeehhhh"

Kumpulan Sabun pun tak kurang hebatnya...dengan lagu Kuda Kepang macam2 versi..Jawa, Tamil.. Enjoy sangat uollls.

Tidak kurang hebatnya Kumpulan Jambu yang bertemakan situasi di kedai makan. Lagu2 yang di bawakan memang sangat2 kena dengan jalan cerita. Best Best..

Kumpulan Jozan yang sering mendapat perhatian ramai, pada saya malam ini kurang memuaskan kot.. Bukan saya anti Jozan. tapi hakikatnya memang kurang lawaknya.. Kurang menyengat.

Kumpulan Boboi pun was ok la..dengan situasi di pusat karaoke.

Kumpulan Bandung Joker pun ada improvement. Dah mula memahami kehendak penonton di Malaysia. Mereka melakonkan babak dalam cerita kanak-kanak "Upin Ipin"

Kumpulan R2 pun nampaknya adalah lawaknya. Cuma di tegur kerana menggunakan lagu 31 Ogos. Jangan mempersendakan lagu yang bertemakan patriotik ye, tegur Awie

Kumpulan Shiro pun rasanya malam ni ada lawaknya cuma mempersendakan tentang duit rompakan dengan Bank Islam. hmm lawak ni jangan mempersendakan agama juga yer.


Peace Yo....

Paling best minggu ni tiada penyingkiran!!!



p/s : Anda pilih siapa??





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78