HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

17 Dec 2012

Pengantin Fesyen Arab Berjubah Gaya Muslimah

Bulan December bulan cuti sekolah. Juga bulan orang Melayu buat kenduri kahwin.
Semalam, Ahad 16/12/2012 anak sedara perempuan saya juga telah melangsungkan perkahwinannya.

Nama pengantin Siti Hadfrad Binti Mazlin
dengan
Ahmad Firdaus Bin Abdul Hafidz

Makanan yang di hidangkan sangat  banyak pilihan. Alhamdulillah.

Perkenalan kedua pengantin ni katanya melalui FACEBOOK. 
Wow..tak sangkakan perkenalan just tru alam internet telah membawa ke jinjang pelamin.
Alhamdulillah.

Seawal jam 12 tengahari kami dah sampai di Dewan MBPJ, Kelana Jaya, Selangor.
Saya dan anak-anak serta mak dan abah, tak lupa juga adik bongsu saya cHun juga hadirkan diri.


  Di suruh makan...kami makan aje..hehehe.. makan free.
By the way, kenduri ni joint venture antara both pengantin. Bagus juga buat macam ni. Jimat kos perbelanjaan perkahwinan. Ye tidak??


Mak saya pun enjoying the food too. Rendang and sambal sotongnya sedap.
Banyak pilihan lauknya.


Hah.. manisan pencuci mulut pun ada. Bubur hitam, bubur kacang macam2 ada...
Pilih mana suka ye.

Paling best. Nampak tak? Ada free gift Kalendar Kuda!!
Saya memang suka kalendar kuda ni sebab banyak cuti-cuti up to date.
Senang nak plan holiday. Yezzaaaa.


Kompang bergema..berdentum dentam.
Hah pasangan pengantin dah sampai.
Woooowwwwww.....
Cuba tengok..pengantin muslimah. Berpakai jubah ala2 Arabian.
Dengar-dengar katanya pengantin lelaki ni dari jurusan Al-Azhar Mesir.

 Pengapitnya pun berjubah sopan. Alhamdulillah.
Satu kelainan. 1st time saya tengok sendiri pasangan pengantin dengan fesyen ala-ala Arab.


Pengantin bersanding dengan iringan kompang berselang dengan lagu2 nasyid.
Wah wah..dah macam Raja Arab bersanding uolss.

Sementara pengantin dengan acaranya.. kami dengan aktiviti kami.
Anak2 kami bermain2 di tennis court besebelahan dengan dewan kenduri.
Bukan main seronok depa dapat lepas. Dengan panas terik...lantak pi kat hangpa.


Lepas dah penat berlari sakan.. hah acara makan aiskrim pulak.
Nyum nyum


Hah, ni surprise by pengantin lelaki. Rupanya ada bakat menyanyi.
Lagu2 Maher Zain terutamanya "InshaAllah" menjadi pilihan.
Dan tak silap ada kumpulan nasyid.
 

Sebelum balik, sempat jugalah kami sekeluarga bergambar dengan tuan rumah, my kezen Mr. Mazlin Ibrahim anak arwah our Pak Lang. Kiranya abg sepupu ni anak sedara my abah side.
Alhamdulillah...


6 comments:

  1. pakai mcm tu senang... tutup aurat... hehehe.. terliur tgk makanan.. mesti sedap kan... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakaian ala-ala Arab..
      Makanan memang best...

      Delete
  2. menariknye persalinan diorang. :)

    ReplyDelete
  3. SubhanAllah.. Alhamdulillah.. tak sangka ada yang update berkaitan majlis kami.. terima kasih banyak. salam perkenalan.. panggil saya Hadjrad ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengantin ke ni?? Anak abg Maslin?? Hah ayah kamu tu sepupu saya. Saya anak Tok On.. kenal??

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78