HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

19 Dec 2012

Persiapan Buka Sekolah for Anak-anak bagi sessi persekolah 2013

Salam pagi Selasa 18/12/2012
Alhamdulillah, pasti kebanyakkan kita dah pun gajian semalam, atau pun mostly hari ni for government staffs.
Hah..bonus segala insentif juga masyukkkk.
Huhh sakan nooo.

Bagi saya, no soping2 merapu!! Now yang perlu ialah Persiapan Persekolahan anak-anak di utamakan dahulu. Dari beg sekolah, kasut sekolah, stokin sekolah, buku latihan, buku aktiviti, baju sekolah, dan segala2 nya lah.
Itu belum yurannya pulak.. Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama dan kelas KUMON lagi??
Hah..ni bukan nak tulis swuh ajak mengeluh.

Tapi apa yang ingin saya sampaikan ialah cuba ingatkan zaman semasa kita nak mula naik darjah. Semua nak baru. Tapi bila dah ada anak sendiri yang bersekolah ni, baru rasa macam ni lah agaknya mak ayah kita dulu. Kita tau minta itu ini tapi kita tak terfikir depa ada duit ker?
Mood sedih menusuk kalbu la pulak.

Ok ok. Bagi mood ceria semula pepagi ni yerk
Nak share juga persiapan anak3 saya. Aiman akan naik darjah 4, Alif pula akan naik darjah 2 manakala Aina akan masuk ke tadika main2 kata orang erk coz dia baru nak masuk 5thn next year.

 Beg Minnie Mouse, Pencil Case Minnie Mouse, Thumbler Minnie Mouse.
Semuanya in PINK.

 Ok yang ini pula getah rambut Minnie Mouse. Beli merah pulak, Kalau semua pink..tak tau la nampak ke tak si Aina tu nanti..hehehe Silau u!!

 Ok.ini pula kasut Cinderella. Hmm kecik2 dah pandai pilih kasut sendiri.
Kasut untuk pakai pi sekolah.


 Yang ini pula kasut sekolah untuk hari2 yang ada aktiviti sukan. 
Hmm macam nak masuk Universiti pulak gayanya.

Macamana pulak halnya dengan abang2 Aina ni?

 Aiman dan Alif memang perlu ganti beg coz dah 2-3 tahun depa tak tukar beg. Kesian pulak tengok beg dah koyak. Kot sat g roboh masa kat sekolah, naya.
Tapi dalam gambar kat atas tu, hangpa boleh nampak Aina pun kalut nak try beg..Haru aihhh
 

 Apalah agaknya berdua beradik tu tengah bincangkan. Beriya-iya Aiman tengah explain tu.
Depa dah besar, so i just let them pilih kasut yang depa selesa nak pakai asalkan harganya berpatutan. Bukan apa, depa yang akan pakai kasut tu seharian, so depa je yang tau selesa tara mana.



Hah..tu dia.. antara barang2 yang abang2 berjaya borong setakat hari ini. Beg2 dan buku2 rampaian dah setel.
Lepas ni nak cari uniform sekolah dengan peralatan alatulis.



Dah penat meronda, bawalah 3 beradik ni lepak kat Chatime. Depa sendiri memandai pilih flavour. Tak silap Strawbery plus Kiwi with Rainbow Jelly.
Suka hati hangpa la anak3.  



Doa mak dan abah, semoga Aiman, Alif dan Aina belajar rajin-rajin demi masa depan yang cemerlang. Jadilah anak yang soleh dan soleh .

Amiin

p/s : Macamana persiapan anda semua??

4 comments:

  1. besarnya beg dorang,, jelesnya dengan generasi Y ni,,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan.. Zaman sekarang ni, walaupun ikut jadual waktu..beg berat macam bawa batu...
      Beli beg besar, tahan lasak, harap tahan til cukup tahun

      Delete
  2. seronok la semua dapat barang sekolah baru. mesti excited nak g sekolah. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni ada yang tido dgn kasut gak ni..huhu

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78