HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Jul 2012


Alhamdulillah...dah 11 hari kita berada di bulan Ramadhan yang penuh berakah ini. Bagaimana puasa kita? Bagaimana pulak kesihatan kita? Dalam sibuk nak makan berbuka dengan pelbagai menu jangan lupa ambil juga buah-buahan.. Semasa berpuasa badan kita ni kurang air. Jadi kita mesti minum air suam dan ambil juga buah-buahan untuk mengelakkan dehidrasi serta untuk memudahkan penghadaman..
Jom kita tengok sikit apa antara khasiat buah-buahan yang mungkin kita pun tak tau...

Khasiat Buah-buahan Menurut Jenis Warnanya

1. Orange
Ubi jalar, jeruk squash, wortel, blewah, labu, persik, mangga, apricot, dan pepaya menyumbang banyak beta karoten yang menyehatkan tubuh serta alpha karoten yang efektif melawan kanker. mencukupi kebutuhan vitamin C dalam tubuh.
program diet menganjurkan wortel karena kandungan gula alaminya sangat besar. Padahal, kandungan serat wortel mencegah gula bergegas masuk ke aliran darah yang akan menyebabkan melonjaknya kandungan insulin dalam darah.

2. Merah
banyak pigmen melawan penyakit. likopen, zat yang berperan menjaga kesehatan sel dan mampu mengurangi resiko kanker. Contohnya tomat, strawberry, semangka, apel, cranberry, cherry, anggur merah, bit, dan paprika merah. Sedangkan yang mengandung oksidan paling tinggi adalah strawberry, cranberry, cherry, anggur merah, bit, dan paprika merah.

3. Kuning
pisang, jeruk nipis, jeruk manis, anggur, kentang kuning, dan jagung. Buah-buahan ini diketahui mengandung vitamin C yang cukup baik untuk melindungi sel tubuh, serta mengandung potassium yang sangat baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri, serta berfungsi sebagai pencahar alami.

4. Hijau
hubungan sulforaphane, isothiocyanate, dan indoles. mereka dapat merangsang level pembuat komponen yang dapat memecah unsur kimiawi penyebab kanker. Semakin gelap warna hijau pada sayuran, makin banyak klorofil yang dikandungnya dan semakin besar pula kebutuhan untuk perlindungan antioksidan. brokoli, selada, bayam, bok choi, dan teh hijau. teh bisa memberi dorongan pada metabolisme tubuh. Hal ini diduga disebabkan oleh kandungan polyphenol dan kafein yang terdapat dalam teh, yang bersatu untuk membuka proses pembakaran lemak pada nilai kontrol yang berbeda.

5. Cokelat
Bahan makanan berwarna cokelat di antaranya roti dan biji-bijian, sereal, granola, dan kacang-kacangan. Kebiasaan mengkonsumsi makanan berbiji tidak hanya mengenyangkan, melainkan juga dapat membantu membuang racun penyebab penyakit. Biji-bijian yang kaya akan vitamin B dapat meningkatkan kemampuan tubuh dalam mengubah kalori menjadi energi.

6. Putih
Bahan makanan berwarna putih seperti tahu, susu kedelai, bawang putih, keju rendah lemak, yogurt, dan susu sangat bagus untuk tubuh karena mengandung banyak flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Produk susu rendah lemak juga dapat membantu daya kerja jantung, kalsium untuk membangun tulang, dan juga untuk menurunkan berat badan.

7. Biru – Ungu
Sayuran dan buah-buahan berwarna biru – ungu, contohnya adalah terung, kismis, dan anggur. Kandungan magnesium pada anggur dan kismis sangat diperlukan untuk pergerakan feses yang baik. Kulit anggur juga merupakan pencahar (laksatif) yang baik. Kandungan airnya cukup tinggi, sehingga dapat menambah cairan yang diperlukan. Sedangkan terung dapat menurunkan kadar kolesterol dan asam empedu di dalam usus dan mengantarnya keluar dari tubuh. Selain itu, terung juga mengandung pectin penurun kolesterol dalam jumlah cukup banyak.

Ribut Pasir Melanda Arizona



Ini lah tanda mengenai kewujudan Pencipta Yang Maha Agung. Firman Allah bermaksud: 

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya). Segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang yang tidak menaruh kepercayaan kepada-Nya. (Surah Yunus, ayat 101)












Ini adalah koleksi gambar-gambar ribut pasir yang melanda Arizona tempoh hari seperti yang dikeluarkan di Buletin 1.30 tghari tadi.

PHOENIX – Satu ribut pasir gergasi melanda bandar Pheonix, di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menyebabkan jarak penglihatan terhad dan penerbangan terpaksa ditangguhkan pada malam Selasa lalu.Ribut yang disertai dengan angin kuat itu menyebabkan sejumlah pokok tumbang manakala ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.Awan pasir yang bergerak melintasi lembah Pheonix itu telah menyebabkan ribut berlaku di kawasan Tucson.Menurut seorang pakar di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Paul Iniguez, ribut itu kemudian bergerak ke bahagian utara gurun sebelum merempuh kawasan bandar seperti satu ombak besar.

Subhanallah...bencana alam melanda lagi..Justeru, di dalam al-Quran, ada banyak rangkaian ayat suci yang menyeru manusia supaya memerhati, merenung dan memikirkan mengenai kejadian dan fenomena di sekeliling alam ini.   


Hari Pahlawan 2012



Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sempena Hari Pahlawan, acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertafakur selama seminit di hadapan Tugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Acara tradisi ketenteraan tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu. Acara-acara keagamaan seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di Masjid Negara
Persatuan Bekas Tentera Malaysia pula melancarkan kutipan derma ke sekolah-sekolah bagi memupuk semangat menderma dan cintakan tanah air. Pada 17 November 2007, Majlis Santapan Seri Pahlawan telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi mengutip sumbangan derma untuk bekas tentera yang uzur dan kemalangan. [1]
Kerajaan pada 2010 telah memutuskan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya di sebuah dataran yang berkeluasan dua hingga tiga ekar yang bakal dibina.[2] Namun sambutan telah diadakan di Dataran Merdeka buat kali pertama tanpa acara meletak kalungan bunga dan bertafakur di depan Tugu Negara seperti yang sering dilakukan seiring dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.[3]

info dari Wikipedia











Cari apa kat Jalan TAR??

Menjelang Syawal yang paling sinonim dengan persiapan Hari Raya ialah Jalan TAR (Jalan Tunku Abdulo Rahman). Dari seawal puasa hinggalah menjelang malam raya..pasti Jalan TAR tak sunyi dengan pengunjungnya.Apa depa cari?? Macam2 ada dengan harga yang berpatutan... Just tengok je lah beberapa gambar yang saya attached kan.. Nak cerita pun jenuh..

Jom ke Jalan TAR... :)







 

image dari www.bing.com

30 Jul 2012


                         


13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah 


3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


Share from... https://www.facebook.com/mayeenazrich

                    

mengantuknyaaaaaaa.........

UK's

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

29 Jul 2012

Terkenang semasa dulu......

Tetiba saya terpanggil nak berkongsi cerita tentang lagu rakyat..Terkenang lah pulak masa zaman saya (tak de la nostalgia sangat, as saya pun  tak la tua sangat pun hehehe).

Agaknya kanak2 zaman sekarang reti ke nak nyanyi lagu Enjit2 Semut? Gelang Si Paku Gelang? Bangau Oh Bangau? Jan-Jan Jala? Lagu Tiga Kupang? Jari Ibu?  Satu-satu saya sayang ibu?Burung Kakak Tua? Buai Laju2? Cak Cekur Udang Gamit? Papa Ku Pulang Dari Kota? dan banyak lagi.. Mungkin uols boleh tambahkan senarai later.

Even anak2 saya pun tak reti kebanyakkan lagu tersenarai kat atas. Kalau lagu Butterfly Melly tu..hafal. Lagu Kumpulan Ungu..siap boleh karok..hihi. Kerana di sekolah pun jarang dah ada lagu2 tersebut.

Apa pun moga lagu2 rakyat tak pudar makan dek zaman. Kita kena ketengahkan semula agar lagu2 tersebut akan jadi trademark tanahair kita Malaysia di masa akan datang.

Lagu Tiga Kupang



Papa ku Pulang Dari Kota




Saya dan anak2 pi karok...tujuan bagi depa pandai baca lirik lagu supaya depa belajar membaca dengan cepat.

29 July datang lagi....



Entry jiwang sat....

Alhamdulillah..hari ini tahun ini genap 17 tahun perkenalan saya dengan husband.. Tersenyum sensorang apabila mengimbas kembali saat2 kami berkenalan jarak jauh coz masa tu saya belajar di Segamat dia di Skudai. Zaman tu mana ada student pakai handphone, mana ada internet connection FB, Twitter, segala bagai. Selalunya kami berhubung melalui poskad. Keluar dating pun setahun sekali or dua kali je kot..pasal cuti semester selalu tak sama. 
Apa pun Alhamdulillah..cinta pertama saya sampai ke jinjang pelamin hingga kini dan dikurniakan 3 orang anak. Semoga hubungan kami kekal ke syurga yang abadi. Amin

 Gambar ni di ambil masa tahun 2009




Alangkah indah kehidupan ini
jika saling menyayangi
kita hulurkan persahabatan
dengan niat suci

andai murni oh jiwa nurani
jika saling mengasihi
tuhan tidak memandang wajahmu
tapi dihatimu

bersihkanlah jiwa dengan amalan
yang mendekatkan kita kepada yang Esa
aku redha apa yang ditakdirkannya

cinta suci yang telah engkau lafazkan
jangan engkau persiakan
aku mengharapkan kedamaian hati
bahgia bersama denganmu

bersamalah kita berdoa
semoga cinta kau dan aku
bisa tembus ke pintu syurga

berkat rahmatNya

cinta yang berlandaskan suci
tidak pernah mungkiri janji
sama-sama menanggung rindu
dan jujur selalu hingga keakhirnya
suci dan setia
Lirik Suci - Yantzen

Lagu jiwang masa tahun tu jadi kenangan kami

Tahukah Anda?? Tajuknya : Air Kencing

Entry kali ni bukan la kata pengotor..tapi kadang2 kita terlepas pandang hal ni. Dah sakit baru nak beringat wat pe kan.. Tambahan pulak sekarang ni bulan puasa..kita kurang minum air. Jangan lupa minum banyak air suam/air mati/air masak, barulah boleh kumuhkan bahan2 toksik dalam badan...InsyaAllah..




Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra. Metabolit pada peringkat sel/selular menghasilkan banyak sebatian kumbahan, kebanyakannya kaya dengan nitrogen, yang perlu disingkirkan dari aliran darah. Kumbahan ini akhirnya disingkir dari badan melalui proses mikturition, kaedah utama menyingkirkan bahan kimia larut air dari badan. Bahan kimia ini boleh dikesan dan dianalisa oleh urinalysis. Bagi wanita hamil, cecair amniotik berkait rapat dengan air kencing, boleh dianalisa oleh amniosentesis.

Ciri-ciri

Warna kuning terang air kencing disebabkan oleh pewarna urokrom dan juga keluaran penguraian bilirubin dan urobilin. Ia boleh berbentuk antara jernih ambar gelap, antara faktor lain bergantung kepada jumlah air dalam badan.

Analisa kimia

Air kencing mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dengan apa yang masuk kedalam tubuh. Selain air, air kencing mengandungi pelbagai garam bukan organik dan sebatian organik, termasuk protin, hormon, dan pelbagai jenis metabolit metabolites.


Warna Luar Biasa
  • Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat[1].
  • Kuning/Kuning bata cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah.
  • Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning bata.
  • Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.
  • Memakan ubi bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.
  • Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.
  • Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.
  • Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.
  • Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow / mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.
  • Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration).

 

Keruh

Air kencing keruh mungkin merupakan simptom jangkitan bakteria, tetapi juga diakibatkan oleh pembentukan kristal garam seperti kalsium fosfat.


Bau

Air kencing biasanya tanpa bau, bagaimanapun boleh menjadi tengik selepas memakan sesetengah makanan. Memakan asparagus diketahui menghasilkan bau kuat pada manusia. Ini disebabkan badan manusia mengurai asid asparagusic. Sungguhpun bau air kencing adalah sejagat, bau ini tidak disedari sejagat.[2]



Carta warna air kencing menunjukkan nilai kepekatan, makna dan penyebab







Menu Berbuka Puasa Day 5,6,7,8 Ramadhan...Alhamdulillah...

Entry agak lapuk nak di kongsikan....apa kan daya..Saya demam almost 38'c.. Sekadar berkongsi menu kami sepanjang Ramadhan. Bukan bagi uols terliur..tapi mungkin boleh bagi idea pada para2 chef kita yang pening nak masak apa for berbuka nanti...






Semua di atas adalah Menu Day 5th Ramadhan, Ikan Cencaru sumbat, Udang dari Sabah buat masak rendang, otak2 dari bazaar, masak lomak cili padi dan sambal sotong. Tak lupa kuih tepung pelita dan betik.
Menu Berbuka Puasa Day 6..Masak asam pedas ikan tenggiri, ayam goreng, sup ayam, sayur bayam goreng, Betik dan tembikai serta kuih lopez de squareraa..(tapi tak de dalam gambo)


Menu Ramadhan 7th...Hah..masa ni dah nampak chef agak kurang sihat..Menu agak simple. Daging kari, Sambal udang (petai lupa bubuh), ayam goreng..sambal belacan, kuih lopes desquera serata betik yg bagus untuk digestion..



Menu Day 8th Ramadhan... Ni kat umah mertua.. Meehun sup utara, tomyam putih dan udang goreng kunyit dari Kelana Jaya,murtabak 2-3 jenis, karipap, tembikai..pisang dan macam2 jenis air..
Me

DEMAM di bulan Ramadhan

Salam sejahtera buat teman2 blog sekalian.. APA KHABAR TEMAN2 BLOG?? Rasanya dah 2 hari tak ada apa2 entry dari saya.. Pasai apa?? Pasalnya saya tergolek DEMAM. Memula tu ingatkan tak larat pasal puasa.. Hah dari Ramadhan 6 dah terasa dah kus-kus tuh.. Tup-tup masuk hari ke 8, baru nak terkedik2 pi klinik.. Naya..demam naik sampai 38'C..blood pressure rendah 90/60 kot Doktor cakap..tak berapa nak dengar pasal badan dok ketaq.. Yang menjadi tak larat tu tekak dah kena infection..merah nyala kata Doktor. Peh tu flu pun dah macam ayaq terjun.. Batuk pun dah hijau pekat.. Maka jadilah MIGRAIN.

Apa lagi..sebeban le ubat-ubatan Doktor bagi. Walaubagaimanapun..saya tetap gagahkan berpuasa. Setakat ni penuh lagi la..Alhamdulillah..Husband saya dok berletiaq swuh berbuka..tapi saya habaq kat dia..."esok-esok tak tau lagi ada rezki nak jumpa Ramadhan lagi dak..".. Berbuka semalam bedai ubat terus lena..Sedar2 dah waktu bersahur...Semoga dipermudahkan ibadah puasaku Ramadhan ini..Amin





tu dia...ubat2 sebeban....!!!
Klinik Johari dan Anita dekat SS5B Kelana Jaya. Bukan nak puji..sekali pi InsyaAllah berkesan ubatnya. Bayaran pun murah je. Doktor dari kami kecik2 lagi ni.. Depa dua tu husband and wife jadi Doktor.. Alhamdulillah..TQ Doktor Jo atas khidmat nasihat dan kaunseling..

28 Jul 2012

Sahur lagi....

Dah namanya bulan Ramadhan..tak cerita pasal berbuka..dok cerita pasal bersahur... Tapi apa yang saya nak cerita ni agak menarik pasal menunya agak ulala..dan menunya bukan kat rumah..Chef demam so husband bawa pi kedai.. Lega cheq. Ni sahur pada hari berbeza..tak ingat dah bila. Jangan terliur pulak ye..tak de niat macam tu..sekadar berkongsi menu...

Rootbeer Float kat Old Town White Coffee...

Burger ni harga dia RM8.50. Pasal daging dia jenis yang tebal pehtu dia panggang. Nama apa pun tak tau..

 Hah..yang ni bersahur dengan adik beradik husband kat Taipan Subang Jaya..Pekena nasi lemak panas dengan paru goreng berlada. Nama kedai ni Warisan Opah tak silap. Kami panggil Opah je.. Nak order kena beratuq punya lah panjang..2 meja kami booking.. Kat meja belakang tuh para2 hero tengah melantak. Aina pun bedal 3 bungkus nasi lemak.. Terkejut saya.. Yang tu anak sedara saya Amirul dgn ibunya (my biras, Tini).Gambar saya tak de pasal saya tukang amik gambar..n tak de mood nak posing pasal demam..





27 Jul 2012



Manis Pabila Artis 
Bertudung....


Sepanjang tahun ini, ada banyak tragedi, kenangan pahit manis dan tidak ketinggalan, penghijrahan ramai selebriti ke arah kebaikan. Ramai selebriti tanah air terutamanya selebriti wanita yang memilih untuk menutup aurat sepenuhnya atau sipi-sipi. Apa pun semua itu hak individu walaupun telah maklum bahawa menutup aurat itu wajib..Sekadar berkongsi dan berpesan pada diri saya juga... Terdetik nak buat entry ni coz tengah cari tudung apa yang nak di gayakan Syawal nanti..


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." 



daphne ikingDaphne Ikingmemeluk Islam secara rahsia apabila berkahwin dengan suaminya, ura-ura Daphne memeluk Islam tersebar apabila dia mengucapkan “Alhamdullilah” di satu majlis. Akhirnya Daphe Iking membuat pengakuan sudah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Dahlia Eleanor Iking.



10 artis cantik bertudung10 artis cantik bertudung
 Giliran Abby Abadi bertudung pula

 10 artis cantik bertudung



 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78