HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

30 Nov 2012

PEMENANG BLOGLIST DISEMBER ICE PRINCESS & BLOG REVIEW



Tamat sudah SEGMENT BLOGLIST DISEMBER BY ice princess. Sehari je segment ni berlangsung..siapa cepat...dia menang dan tersenarai :)



Alhamdulillah...
 Apabila blogwalking kat shoutbox tadi..maka tersinggah la ke blog Zizie.
Nama FUZA yang paling teratas dalam senarai tu.
  KLIK SINI untuk melihat senarai pemenang.

TQ to Zizie coz blog fuza terpilih dalam senarai 

Semoga dengan cara ini akan dapat menambah kenalan di blog.
Thanks


Friday 30 November 2012.. Marathon Movie beramai-ramai


Entry kali ini..tak lain tak bukan..cerita tentang movie yang tengah hot di pawagam.
Setelah sekian lama adik2 sepupu saya ajak  outing, InshaAllah..kali ni jadi juga.
Cadangan by Kak Chik @ Zati. Anis and Syikin oso joining.
Depa bertiga ni adik sepupu keluarga my husband.

Jom tengok movie..
Seawal 11.30 pagi kami akan berlumba-lumba ke pawagam.  Dah booking siap-siap secara online. Takut tiket habis.
KLCC destinasi kami..

Malam nanti saya update gambo kami bersuka ria ye..
Oh ya..anakanda3 ku sekalian..sorry tak leh ikut..coz Klasifikasi filem tidak mengizinkan.


Synopsis

After the birth of Renesmee, the Cullens gather other vampire clans in order to protect the child from a false allegation that puts the family in front of the Volturi.

Details

Rating :P13
Language : english
Year :2012
Writer :Melissa Rosenberg, Stephenie Meyer
Actors :Kristen Stewart, Robert Pattinson, Taylor Lautner, Maggie Grace
Kami akan menonton at 11.30am




Synopsis

"Lagenda Budak Setan 2" picks up where the first has left off, introducing the character of Katerina, protagonist Kasyah's new love interest. Kasyah used to be a college student who always bullied and teased others with his friends.

Details

Rating  : P13
Language :bahasa-malaysia
Year : 2012
Actors :Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae
Tengok pada kelaratan dan tiket ada ke tak...tak booking lagi ni..

28 Nov 2012

Segmen Bloglist Disember Ice Princess

Banner

Salam semua...
December 2012 ni semangat nak join segment tengah membara.
Tengah merajin2 kan diri
Tak rugi pun..
Seperti biasa..sebab2 saya join ialah support rakan2 blog.InshaAllah
Selain dari itu..tujuan saya join ialah untuk menambah sahabat2 di blog alam maya ni..

Ok..macamana nak join? KLIK LAH DEKAT SINI !



kelebihan :
1- akan diblogwalking setiap kali pihak penganjur online..
2- dipromote bukan sahaja di fanpage facebook, malah juga di google plus..
3- semua peserta yang terlibat akan direview walaupun tidak berjaya menjadi ahli bloglist aku :)

syarat :
buat satu entry dan letak banner kat atas ke dalam entry tersebut..
kemudian, linkkan ke entry ini.
sesudah itu, copy link entry dan paste kat bahagian komen pihak penganjur segment ni!..


Sonang baitu...
Jomlah join :)
Jangan lupa KLIK SINI





Segmen Follow @ Add by HudaHud Season2

Banner
Segmen ini akan dijalankan dua minggu dari sekarang (23 Nov - 7 Dec 2012)


Tak ada kena wat slogan..tak ada nak kena reka cipta apa2..tak ada nak letak bukti2 pembelian ke or watsoever.. Mudah dan senang je nak join segment HudaHud ni...

 Nak tau macamana nak join?
Nak tau apa syarat2 nya?
Nak tau apa hadiahnya?
Hah..silalah Klik Sini ^_*


Tu dia..senarai hadiah dari sponsor2 yang pemurah..
Jom kita join ramai2.
Tujuan nak bagi tambah kawan2..
Sambil tukar2 fikiran
 
 

27 Nov 2012

Semangat 1 Malaysia

Entry kali ni bukan pasal Pilihanraya.
Bukan pasal politik.
Bukan pasal parti pembangkang.
Bukan juga pasal bodek.hehehe


Tapi kali ini saya nak share tentang semangat 1 Malaysia yang di tunjukkan oleh beberapa rakyat tempatan kita. 
Mungkin patut di beri hadiah kepada mereka ni.

 Tu dia... hebat tak?? Penuh kereta di hiasnya.


Semangat 1 Malaysia kan? 
Ada tak antara anda yang sanggup ambil initiatif untuk menghiaskan kereta milik persendirian hingga ke tahap ini atau lebih dari ini??

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

http://4.bp.blogspot.com/-KwMfq90aDpg/UK_2N4ww7GI/AAAAAAAAQBU/ZvrbymQBtsQ/s1600/followblogwalkingmialiana.gif
LINK GAMB AR Klik sini


Minggu ni saya dapat mood nak join segment di blog kawan2.
Tujuan join nak tambah kenalan sambil berkenalan.
Kali ni Segmen di anjurkan by Sis Mia Liana. 
Siapa nak join sila KLIK SINI


Buat masa ni blog saya ada seramai 325 orang follower . Alhamdulillah.
TQ kepada yang dah sudi follow saya coz blog saya tak lah meletops macam blog uols semua. Saya baru nak belajar, kalau salah tolonglah tunjuk kan yer.

fuzamusa.blogspot.com
Apa yang saya suka dengan  Blog sis MiaLiana ni..dia rajin join apa je segment rakan2 di blog.
Contohnya Segment tambahkan follower di blog.
Entry Banner pun banyak.
Blogwalking pun rajin gak sambil komen kat entry saya. TQ ye sis. 
 Best lah coz u support kawan2.


Harapan saya agar follower saya juga akan bertambah.  Jauh perjalanan luas permandangan. Berkawan biar ramai musuh jangan di cari.





WITH ONE SMILE YOU WILL GET A SMILE AS RETURN

Jom kawan2 ramai2 join segmen sis MiaLiana ni. 
Tarikh tutup nak sertai segment ni ialah 8 December 2012

26 Nov 2012

Premium Beautiful Dan Kebaikan- Kebaikannya




Premium Beautiful Dan Kebaikannya
 Kelebihan Long Brassiere
1. Mengelakkan bengkak susu
2. Mengelakkan payudara berdarah
3. Menyokong payudara besar
4. Menggalakkan pertumbuhan payudara yang kecil
5. Merangsang pengeluaran susu ibu
6. Mengelakkan gastrik

 Kelebihan Long Girdle
1. Menyokong rahim selepas melahirkan anak
2. Menstabilkan hormon
3. Mengurangkan senggugut
4. Membantu perlekatan janin
5. Mencantikkan punggung
6. Mengurangkan keputihan

 Kelebihan Waist Nipper
1. Menyokong tulang belakang
2. Memecahkan batu karang kecil
3. Mengempiskan perut
4. Menghilangkan 'stretch mark'
5. Membentuk pinggang
6. Elok untuk mencegah demam kuning
7. Mengubat lenguh kaki

Anda berminat nak tahu lebih lanjut boleh pm/sms FUZA 019 2784580


25 Nov 2012

Panduan Buat Baik Berpada-pada, Buat jahat jangan sekali


Lunch dah siap pepagi hari minggu ni

Asam Pedas Ikan Pari
Hari minggu datang lagi..25hb Nov 2012..
Ahad yang panjang...
Tak kemana pun..Tak ada kenduri nak kena attend.. 
Hubby pun tak de kat Malaysia nak bawa kuar jalan2 coz dia bekerja di luar negara.

Maka hari ni hari duduk rumah lepak dan rileks je.
Oleh itu..terlebih rajin plak ni...dah siap2 masak for lunch today ASAM PEDAS IKAN PARI..
hmm layannnn

24 Nov 2012

BBPlus Kolagen..Testimoni..PREGNANT Kebetulan dan rezki

Ini saya...happy dengan kesan pengambilan BBPLUS KOLAGEN. Lihat saje skin saya. Alhamdulillah

Salam sejahtera semua. Nak kongsi testimoni terbaru. Nama terpaksa di rahsiakan kerana akak W ni segan.


"Salam adik. Akak nak bgtau cerita gembira ni. Akak PREGNANT!! Alhamdulillah dah masuk 11minggu.  Hah kalau adik nak tau Akak ni dah berapa kali dah gugur. 
Kata Doktor rahim tak kuatlah..ada kata keje lasak lah. Ada juga kata pasal letih tu yang tak lekat. 
Tapi Akak rasalah sejak minum BBPLUS Kolagen ni memang betul kurang rasa letih tu. Kulit pun memang rasa licin.. jerawat pun dah makin lenyap
Akak yakin sangat BBPLUS KOLAGEN ni yang buat badan akak ni rasa sihat dan bersedia untuk pregnant. Mungkin juga secara kebetulan dan rezki akak. 
Apa pun Akak tolong promote..
 BBPLUS KOLAGEN memang patut korang semua cuba"



Alhamdulillah happy sangat dapat dengar pengakuan akak W ni. Semoga kandungannya dan ibunya sihat2 hingga 9 bulan nanti yer. Amiin.


Bagi anda yang nak cuba nak order silalah pm.sms 
FUZA 019-2784580

Promote Blog Puteri Kasih 2013

Bloglist Puteri Kasih 2013

 

Siapa Puteri Kasih ni? Meh Klik SINI

Salam awal pagi sabtu 24/11/2012 semua.Rutin harian..singgah ke blog kawan2 baru dan paling tak tinggal kawan2 lama. Maka terjumpa lah slot Puteri Kasih ni. Saya promote bukan dapat duit upah ye kawan2..hehe. Tapi tak salah rasanya memeriahkan sambil tolong kawan2 blog kan? Macamana rasa if kita wat segment tapi tak dapat sambutan? Sedih kan. Tambahan pula blogger baru macam saya ni orang pun tak kenal lagi. Tujuan nak join ni agar saya tersenarai dalam list 2013 Puteri Kasih sambil2 saya pun nak tambah kenalan.Apa pun TQ kepada semua yang sudi singgah sini. Join jangan tak join

 Cara nak join teramat la simple.

1) Korang tak perlu buat entri bagai, just tinggalkan url korang je kat bawah komen ini. Namun kalau ada yang sudi nak promote tentang bloglist ni dalam entri korang, sangatlah di alu alukan.

2) Selepas meninggalkan URL BLOG korang di komen nanti, korang hanya perlu menjawab dua soalan ini:
a) Apa yang korang suka tentang blog puteri?
b) Apa yang boleh puteri lakukan untuk memperbaiki blog ini? 

 (segala kritikan diterima dan andainya difikirkan sesuai, akan puteri perbaiki)

 Tarikh Tutup : 22 Disember 2012 

22 Nov 2012

Hati berbunga bunga petang ini... ISTIKHARAH CINTA


Saje2 nak share entry romantik la konon from my hubby yang kini bertugas di Jakarta.
Orang kerja construction line macam tu lah... Kena lah ikut project..

Di kejauhan, hanya handphone, FB ,wassup dan skype lah yang menjadi medium perhubungan antara kami dengan anak3.

Senang cakap..tapi tak senang nak lalui. Berkat kesabaran, InshaAllah..
Doakan kebahagian kami ye kawan2


Buka2 Fb, ada plak segment tuju-tuju lagu ni.. So meaningful..terharu..









BBPlus Kolagen Testimoni, membantu pulihkan keputihan?? Bagaimana??


Testimoni terbaru hari ni 22 Nov 2012, Khamis

"Aku dah g cek dengan specialist..2-3 kali dah..ubat insert lah..ubat krimlah..semua tak jalan. Siap buat Papsmear test, semua ok. Keputihan ni buat bahagian sulit ni jadi gatal ya amat. Tiap 1jam kena pi tukar panti liner. Hmm..memang tak best la sebab diri sendiri boleh bau tak enak dari badan sendiri.

Sejak minum BBPLUS KOLAGEN...ko tau..alhamdulillah..KEPUTIHAN DAH KURANG!!! Hah.. Mungkin agaknya Kolagen tu bantu saraf2 dalam badan aku ni, bagi kurang letih coz tru reading ada info menyatakan if letih mengundang KEPUTIHAN. Memang best lah BBPLUS ni. Alhamdulillah.."


 So siapa yang masih rasa takut la nak cuba..betul ke BBPlus Kolagen ni bagus? Dia ni nak laku kan product kot..hmm Siapa yang dah cuba pasti puas hati

Siapa yang berminat boleh 
pm/sms Fuza 019-278 4580

Selamat Pengantin Baru PaKCik Kecik...

Musim cuti sekolah bermula 9.11.2012..maka bermulalah marathon untuk menghadiri kenduri kendara..tak kira la yang bertunang, yang cukur jambul, yang baru balik mengerjakan Haji, yang nak berkhatan dan paling banyak majlis perkahwinan...


Maka seawal cuti sekolah, kami sekeluarga pulang ke kampung halaman emak di Kampung Kota Trosor, Sungai Siput Utara Perak.
Adik mak yang bongsu, yang no 8 telah sampai serunya untuk berkahwin..




  Hah..dia bukan lah tua kerepot ye kawan2..hehehe.. Dia muda dari saya..Baru 20an.. 
Kata arwah atuk..ni anak lepas pencen polis..hehehe

 

Mohd Faizal Othman..itu lah pakcik saya. Dia bertugas sebagai askar di Sabah. 
Makcik kami ni orang kampung situ juga. Ni kes orang tua yang carikan jodoh.
Moga cinta lepas kahwin ni kekal abadi bahgia.




Kalau kenduri di kampung selalunya memang masak gotong royong. Best tengok. Kalau di kawasan bandar ni, katering lah kan.. Mana ada kakitangan nak kendalikan semua tu. Menu utama nasi minyak, of koz. Ada rendang tok, ada gulai kari kambing, ada ulam2, ada kerabu, ada Gulai Kemahang..hah ni memang famous kalau di Perak. 
Tapi sowi,...lupa plak nak amik gambonya



 Tu dia...orang2 kuat nak sambut pengantin sampai masa ni. Dari kiri opah sedara Opah Nyin, Opah saya, Maksu Lela, Mak Uda Yati then Emak saya. Depa ada warna tema masa hari besar ni. Hijau. Kenapa? Sebab CikJai yang kawin ni askar.



 Konon2 nak juga la snap kat bahagian memasak kat dapur. Alhamdulillah..kerja masak gotong-royong masih meriah kat kampung ni. Nasi kawah memang masih jadi amalan kat sini.
Tu adik sepupu saya Uyun, anak Mak Uda,  sekarang dok belajar kat UPSI. Cikgi  la ni..hehe



Hah..memang tak lain tak bukan..itu suami saya.. 
Memang tak dapat di pisahkan dengan karaoke..
Memula tu memalu kucing.. Dah lama2..kucing plak malu kat dia..hahaha.. Belasah je.. Lagu fav yang dia mesti akan nyanyi, Kasih Ibu, Kenangan Semalam, Biasan, Memburu Impian, dan banyak lagi. Dah macam artis jemputan pulak yer..


 Acara wajib!!! 
Pengantin dok sibuk posing kat atas..meh kita melantak lauk pengantin..Hahahaha.
Tu antara adik sepupu yang sekali sekala berkumpul..macam2 cerita kami sembang..Gamat!! Oh ya..Saya ni cucu sulong..maka ramai lah adik sepupu.. Ada yang dah berkahwin, dan ada juga yang masih bersekolah..

 Hah ni lah dia Opah saya, Zauyah Binti Bahauddin, dah dekat 80tahun umurnya. Alhamdulillah..sampai juga hajat dia nak tengok anak2 dia semua kawin semasa hayat dia. Opah dah tak berapa kuat..nak berjalan kena bertongkat..tapi selalunya eksen..tak mau pakai tongkat..heheheh...
Cucunya dah 25 orang, cicitnya dah ada 13 orang..

BBPLUS KOLAGEN Tak Perlu cucuk2 jarum pada muka




Kesannya
1) Kulit berseri dan cerah
2) Kulit lebih anjal dan tegang
3) Kulit lebih halus dan gebu
4) Kulit lebih lembab
5) Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6) Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7) Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari






Siapa nak cuba? Siapa nak order? 
 Nak tau sharing testimoni pengguna baca sini yer
 
Boleh sms/pm saya Fuza 019-278 4580

21 Nov 2012

Wordless Wednesday Nov 21st

Anakanda 

Anakanda yang tiada tandingan nilai berharganya dalam hidup ku






PREMIUM BEAUTIFUL - Bukan Rahsia Lagi Untuk cantik persis artis


BUKAN RAHSIA LAGI!!!
Premium Beautiful jawapannya

Tampil bergaya dengan Premium Beautiful Korset

Sebagai perempuan banyak sungguh kita nak kena jaga.
Nak jaga perut jangan buncit la, payudara jatuh, punggung jatuh & tak ada shape, pinggang lurus la, postur bongkok la..
 Dan macam2 lagi permasalahan yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dan luaran.

Sementara masih muda ni, mari la kite jaga badan .. Kalau yg dah kawin, ini untuk suami kita ..
 
Kalau anda berkira tentang harganya...cuba kita fikir tentang harga dan nilai kesihatan diri yang tiada tolon banding.. Tak ada spare part pun badan kita ni.
 
Tunggu apa lagi??
Jom sihat sambil cantik2 kan diri sendiri. 

Jom dapatkan set PB anda sekarang.
PM/SMS saya 019-278 4580 untuk maklumat lanjut

20 Nov 2012

Bercuti ke Ipoh..cuti2 sekolah Nov 2012


Cuti-cuti sekolah.. Apa aktiviti anda? Kemana?
Pada awal cuti sekolah, saya dan husband telah merancang membawa anak2 jalan2 ke Ipoh. Bawa tido hotel seperti yang anak2 request. Sekadar tidur 1 malam. Bagi anak2 happy.
Saja2 rounding Bandar Ipoh.

Tak mau cerita banyak...
Jom usha-usha gambar kenangan.


Tune Hotels..side view





Lobby Hotel



The kids so excited... Ni bilik utama




Link room, Ni bilik anak2 link to our main room.

Corridor Hotel, bersih dan terkawal

Lunch at Restoran Nasi Vanggey a.k.a Nasi Ganja @ Ipoh 
Restoran Waritha Thai Cuissine at Ipoh
 
Waiting for our dinner at Restoran Waritha

Menu yang tak de dalam menu.."Kengsom"

19 Nov 2012

BBPlus Kolagen Drink

BBPlus Kolagen Drink


Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.


Cantik dan sihat dengan BBPlus Kolagen Drink. Anda tunggu apa lagi??
 
KEBERKESANAN
 7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

RAMUAN UTAMA
Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal, inulin.

Nak tengok sharing testimonial pengguna yang dah puas hati..klik sini


PM/SMS Fuza 019-278 4580

COACH..Idaman saya






Coach yang menjadi idaman..
Heehehe..kot2 boleh dapat as birthday present on my coming birthday..(berangan la sangat)
Actually memang dah lama sukakan jenama ni. 
Sekarang dah merata nampak orang promote handbag jenama COACH ni.

Hmm ada idea tak macamana nak tau barang original ke tiruan?
Bukan apa..harganya pun agak mahal..(mahal le bagi surirumah macam saya ni.)
 Nak beli bukan tiap bulan. Bukan senang nak merasa kan.hehe 
Sekali beli kena lah berbaloi ye tak??



Komen skit..



Coach 19338-2


Coach 19338-1


18650-khaki terra.


Coach Sling
Earlier thanks kepada yang beri pandangan..

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78