HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Dec 2012

BBPLUS KOLAGEN Testimoni Lagi



Orang yang sama...posing yang sama.

TAPI

Rupa dan berbeza. Nampak tak?

Both of us kulit sudah semakin glowing.
Eye bag makin kurang
Muka nampak firm
Paling ketara kulit makin cantik dan sihat.
Umur kami berdua akan masuk 37 tahun in 2012.
Yang penting BBPLUS Kolagen banyak membantu. 


Liza " Paling ketara I perasan is my skin. Alhamdulillah, No more oily skin"

Fuza "Kulit semakin sihat licin je rasa and firm"

(boleh di lihat dari gambar di atas ini)

Hasil Kulit Cantik selepas consume BB PLUS COLLAGEN
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari



Wahhh.. banyak betul kelebihan BB PLUS COLLAGEN!!
Berminat??
PM saya 019-2784580

30 Dec 2012

Daun Inai kegunaan dan khasiatnya

Daun Inai kegunaan dan khasiatnya

Banyak khasiat dan kegunaan inai. Yang kita tahu inai ni di pakai masa nak naik pelamin dan inai juga digunakan sebagai mandian semasa dalam pantang bersalin. Banyak petua-petua nenenk moyang yang mungkin dah dilupakan.. Saya kongsi kan serba sedikit kat sini.

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

 Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.
 
  • Petua 1
    Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

  • Petua2
    Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.


  • Petua 3
    Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

  •  Petua 4
     Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
  •  Petua 5

     Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.
  •  Petua 6

     Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

Pokok Inai





Inai juga boleh di jadikan pewarna rambut demi kesihatan rambut terutama yang gugur.





Inai juga dijadikan perhiasan pada tangan dan kaki lebih2 lagi bagi bakal raja sehari


                    

29 Dec 2012

ORIENTASI. DERA? RAGGING? SENIOR? JUNIOR?

Orientasi!!!!

Sebut pasal orientasi sure ramai yang gerun teringat zaman2 kena buli apabila nak masuk U..or mana2 pusat pengajian.
Pernah lalui??

Hehehe..ok,ok..hari ini bukan nak cerita semua di atas ye..
Sebenarnya saya nak cerita tentang Hari Orientasi Real Kids yang diadakan pada 
Sabtu 29hb Disember 2012 pada 2 petang.
Tujuan orientasi ini diadakan adalah untuk majlis suai kenal antara guru-guru dengan ibubapa dan murid-murid khasnya.
Segala peraturan sekolah telah di beritahu.
Segala apa yang ingin ditanyakan oleh ibubapa dijawab by The Principal.
Keselamatan kanak-kanak sangat di utamakan.   
   




Pre School Real Kids yang terletak di Lembah Klang ini terletak berdekatan dengan kawasan rumah saya. Sangat bersesuaian dan tidak menyusahkan untuk Aina kesana.
Ianya ditubuhkan pada tahun 1986.
Alhamdulillah, rezki Aina untuk merasa ke Pre School yang seumpama ini.

Di sini sukatan pelajarannya agak smilar dengan apa yang bakal di ajar di sekolah rendah kelak. Cuma cara pendekatannya agak berbeza mengikut tahap2 umur yang telah di tetapkan.

Bagi Aina yang berumur 5tahun akan di tempatkan di dalam Real Kids Plus.

 Setel payment fees.. Real Readers diedarkan. Bolehlah mulakan reading.

Uniformnya as per photo diatas. Tapi belum dapat size Aina. 
Might be on the 1st week of school akan dapat.
Sock pun disediakan dengan tertera logo sekolah.
 

  Doa saya agar Aina akan jadi anak yang baik, pandai belajar, dengar cakap dan belajar rajin-rajin demi masa depan yang cerah nanti. InshaaAllah..


 Facilities
  • English / Mandarin Medium Programme
  • Piano / Violin Class
  • Art Class
  • Swimming Pool
  • Computer Lab
  • Library
  • Playground
  • Taekwondo Class
  • Transportation Services

Services
Full Day Programme Half Day Programme Extended Programme 12:30a.m. - 6:00p.m.
8.15a.m. - 12:15p.m.
12.30p.m. - 3:00p.m.
 



Apa yang menarik sekolah ini?
 "Using the Multiple Intelligences approach, we discover and nurture your child’s strengths and talents in 8 areas.

As a result, your child learns better and more happily in a creative, fun and engaging environment.
"


Verbal–Linguistic intelligence
("word smart")
Logical–Mathematical intelligence
("number/reasoning smart")
Visual–Spatial intelligence
("picture smart")
Bodily – Kinesthetic intelligence
("body smart")
Musical – Rhythmic intelligence
("music smart")
Interpersonal – Social intelligence
("people smart")
Intrapersonal –Self intelligence
("self smart")
Naturalist – Environmental intelligence



Awards yang pernah di terima :
1st Kindergarten to receive ISO 9001 
(recorded in the Malaysia Book of Records 2002)


NAPEI 2008
Recipient of the 'NAPEI Award of Education Excellence 2008' 
 
 Bagi yang masih tercari-cari sekolah untuk anak-anak anda bolehlah cuba layari 
 

Fear Factor Selebriti Malaysia 2012


Fear Factor Selebriti Malaysia yang dihoskan oleh Aaron Aziz bakal menemui anda di Astro Ria (104) jam 9malam pada malam ini, 29hb Disember 2012.

 Ketakutan bakal menjelma di FearFactor - Sabtu - 9 malam - Astro Ria (104) / Mustika HD (134)

 Selain Aaron Aziz, terdapat ramai lagi barisan artis Tanah air yang turut menjayakan rancangan ini. Antaranya Jehan Miskin, Ezlynn, Elfira Loy, Dafi, Akim af, Gambit Didie Alias dan ramai lagi. Termasuk penampilan istimewa Mejar Dr. Faiz.. ;)

"Fear Factor Malaysia ni dibuat di  Cape Town, Afrika Selatan. 
Fear Faktor Selebriti Malaysia nih tidak mengikut sepenuhnya format Fear Factor sebenar yang mana kena makan makanan menjijikkan.Tetapi lebih mengetengahkan budaya Malaysia yang bersesuaian dengan adat resam agama dan budaya kita.
 
 Aspek yang ditekankan adalah melibatkan rasa ketakutan, ketinggian dan psikologi mental melibatkan 30 selebriti pluss hadiah mencecah RM200,000 untuk pemenang utama dan RM10,000 untuk pemenang mingguan.."


 Apakah cabaran lasak tersebut? 
Siapakah yang bakal membawa pulang RM200,000? 
Sama-sama kita saksikan nanti.


Nak tahu lagi layari
 https://www.facebook.com/FearFactorMalaysia
 

marykay botanikal effects





Inilah dia set penjagaan kulit terbaru dari Mary Kay iaitu MARY KAY BOTANICAL EFFECTS! Produk ni diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang sememangnya sihat dan banyak manfaat untuk kulit kita!

Sesuai untuk Kulit Kering, Kulit Normal, Kulit Berminyak

Istimewanya rangkaian produk Botanical Effects ni, bukan sahaja bahan produk yang digunakan bahan yang semulajadi, malah kotak produk ni pun diperbuat daripada bahan-bahan yang telah dikitar semula! Betul-betul mesra alam produk Mary Kay!

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 7 Tema Loghat dan Kembali Ke Sekolah



Tema Loghat dan Kembali Ke Sekolah

Minggu ke-7 ini sebanyak 7 kumpulan berentap.
Semakin mantap semakin bersaing.
Minggu ini setiap pasukan perlu membuat 2 persembahan iaitu loghat dan kembali ke sekolah.

Segment 1 : Loghat / Dialek
Kumpulan Jambu memulakan persembahan.
Membawakan sajak dalam bahasa terengganu and antarabangsanya,Thailand.
"Hok ku makap"....Memeylah...
Agak hambar..tetapi tetap mendapat tepukan peminat.

Kumpulan  Shiro membawa watak Wak Jawa.
Kata Wulan malam ini cukup bagus dan nama yang digunakan hampir macam nama Kakek2nya Wulan...
Juga tak berapa gelak...harap 2nd persembahan will b ok..

Kumpulan Sabun..kasi cucilah...yeaaaahh...
Mengisahkan pelanggan dari Perak ke kedai Pak Siam kecek Kelate.
 Kata Najip versatility kumpulan ini belum di kupas sepenuhnya.

Kumpulan Jozan dengan slang mat salleh vs kecek ganu ke kelate..
Kata Lisa sangat menghiburkan...
Hmm ekceli rasanya 3 1/2 minit tu agak boring to me dan seisi rumah..huhu.
Sowi Jozan.. xjadi kot lawaknya.

Kumpulan Boboi
Wah..lagu Glory Glory u.. I sokong MU..
Mengisahkan coach Mat Salleh celup dengan 2 orang pemain dari Indonesia and Kelate...
Dah macam ayam itik...
Ok lah..tp belum tahap ketawa terbahak2.

Kumpulan R2.. 
Kisah Pelancong dari Jepun..
Mr. Harihari Tidomati berjumpa dengan student bahasa Jepun. 
I like Blues...di terjemahkan sebagai "Apoo Nadikato"
Rempit in Japan is "Cacimaki pegimati"
Haru..hehe 
Orang Jepun jangan marah ye.


Kumpulan yang dinanti-nantikan..SayWho..
Kisah mereka yang nak ke Sunway Lagoon.
 Dengan loghat Nogori...Jangan Kau nak Membongak ya!!
Hahaha..Boncil memang hebat.
 Penbiru pen merah..piiirahh!! hehehe
Nice..suka persembahan dari seberang ni.
 
 Segment 2 : Kembali ke Sekolah

Kumpulan Jambu dengan cerita Guru Besar dan anak murid di Pejabat Guru Besar.
Idea yang agak bagus dan kretiviti yang memberangsangkan.
Tapi kata Lisa dia keliru..kenapa erk..??



Kumpulan Shiro dengan cerita Majlis Persaraan Cikgu Borhan.
Sirap +Limau = Sirap Limau
Nescafe + Milo =  Nestlo
Orang kumpulan a bergaduh + Kumpulan b = ???

" Jangan + sebab itu urusan mereka"
hahahahaha
Kata Awie "Anda memang hebat Shiro"


Kumpulan Sabun melakonkan watak Erra dan Awie di sekolah.
Sweet plak tengok Sathia dengan jambul ala2 Erra Fazira lah konon..hehehe


Kumpulan Jozan pulak kisah Fida yang nak break dengan bf dia coz ayah Fida tak restu.. Kisah cinta monyet yang mungkin ramai diantara kita lalui.
(Oooppsss.. saya tiada cinta monyet..coz terus dapat 1st luv n terus kahwin..hehe)
 Kata Najib..Jozan kena buat sesuatu yang baru, idea baru coz apa yang mereka lakonkan malam ini sesuatu yang pernah kita tonton.. 


Kumpulan Boboi mengetengahkan suasana Kelas Komputer bersama 2 orang warga tua yang ingin belajar Komputer.
Semuanya angakara Google
Kata Lisa punch line memang hapening!


R2 dengan kes Matematiknya yang sangat simple dan lawak.
Komen awie..satu lawak yang bagus dan idea yang bagus... Ada improvement.


Seperti biasa Kumpulan SayWho makin mendapat tempat di hati penonton Malaysia.
Kisah Guru dan anak-anak
Kata Boncil..."aku tidak punya cita-cita kerana aku tidak membesar" 
Sangat terhibur dengan uols!! Best..



Siapakah yang bakal tersingkir pada minggu ke 7 ini??

  

SABUN

Kata Abon..
"... Bukan senang hendak berlawak
Bukan diukur dengan tepuk ketawa yang banyak
Tetapi diukur dengan message yang hendak disampaikan... "



p/s: Anda terhibur dengan lawak jenaka mereka? Siapa pilihan anda??

28 Dec 2012

Kuliah Subuh Jumaat Terakhir bg tahun 2012

Wαnitα yang HEBAT αdαlαh Wαnitα yang Istiqomαh menjαgα AURAT. 
Lelαki yang HEBAT αdαlαh Lelaki yάng sαbαr menαhαn kehendαk SYAHWAT.
Gambar ihsan google
 

27 Dec 2012

Walaupun agak sibuk tetapi Traffic Meningkat. TQ NUFFNANG for the updates




Alhamdulillah... TQ to nuffNANG for the info and updates. 
Traffic blog saya tetap bz walaupun saya pun agak busy nak jenguk2 blog.


Dalam seminggu yang lepas saya agak sibuk dengan pelbagai urusan. 
Antaranya persiapan persekolahan anak, kenduri kendara dan juga terikat dengan aktiviti riadah bersama keluarga.



Walaubagaimanapun dengan updates dari nuffNANG, saya dapat tau info-info tentang status blog saya.
Walaupun viewers tak lah beribu riban, tetapi dengan seadanya ini saya sangat happy kerana ada juga yang sudi nak singgah.

Tq to uols semua yang menyokong..eceh..macam kempen mengundi  plak.





1 week comparison of my blog updates


Chocholate kat bawah ini untuk kawan-kawan blogger saya ..
Kalau tak kawan pun boleh ambil..lepas tu boleh kawan jugak kan..hehe
Ambil sorang satu ke..jangan berebut.. *_^







Win a Samsung GALAXY Camera

Camera. Reborn. - Samsung GALAXY Camera



 

I - City Shah Alam




Orang ramai adalah dijemput ke Karnival Sayangi Selangor.
Bertempat di I-City Selangor, Shah Alam 
pada 29hb Dec 2012 hingga 31hb Dec 2012.

Macam-macam program diadakan
Jom plan pergi beramai-ramai

BBPlus Kolagen Membantu Kulit Berminyak

Dapat sambutan lagi. Alhamdulillah
Kali ni delivery ke Surian Tower yang terletak bersebelahan dengan IKEA, Selangor.

Siti Nurliza Sahar,my classmate semasa di sekolah rendah, SRK Kelana Jaya.
After sooooooo looooong baru berjumpa semula itu pun thru FB.
(hah..menunjukkan betapa lamanya tak berjumpa as last jumpa masa UPSR..umur 12 tahun, now sama2 dah nak masuk 37 tahun)
Used to call her CT, tp now dah glamer dengan nama Liza, bekerja di sini.






Kata Liza " Paling ketara is my skin. Before ni my skin so oily
Tambahan pula my work require me to be here and there travelling.
 With BBPlus Kolagen membantu mengawal kulit yang berminyak. Alhamdulillah"



Kami the hot mummy pengguna BBPLUS KOLAGEN. Vogue tak??


Actually Liza dah order before. So ini adalah repeat order. 4 boxes dia terus grab coz tak mau putus stock katanya. Liza ni seorang yang sangatlah bz. Always outstation here and there.
Yang penting bagi saya bukan promosi semata-mata. Tetapi apabila ramai yang berkongsikan testimoni yang bagus, pasti saya pun tumpang happy.



Hasil Kulit Cantik selepas consume BB PLUS COLLAGEN
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

 
Wahhh.. banyak betul kelebihan BB PLUS COLLAGEN!!
Berminat??

PM saya 019-2784580 -Fuza

The Hobbit: An Unexpected Journey 26 Dec 2012

Salam sejahtera semua.
Seperti tajuk entry kali ini..sememangnya sangat tidak diduga our outing pada kali ini.
Sebenar-benarnya nak mencari barang dapur.
Tetapi saya just cuba jenguk-jenguk di GSC di Paradigm Mall, mana tahu ada cerita yang menarik dan sesuai untuk tontonan sekeluarga.



Wow..sangat kebetulan. At 2 pm, The Hobbit: An Unexpected Journey (P13)...3D.
Memang ok lah sangatkan coz masa sampai tu baru pukul 1pm. 
So sempat nak bawa anak3 makan dulu



Pada mulanya nak bawa anak-anak minum Di Teh Tarik Place.
Dukacitanya breakfast setnya hanya till 11.30. So tak jadi nak bersantai disini.

Hah..pot ni ok kot coz ala-ala sekadar nak lapik perut.
Pancake House.

Ok kami order set ni consist Spaghetti, Tuna sandwich, sup and 3pcs pancake comes with butter and honey. Untuk kami berempat, cukuplah..kenyang uols.
 Tu dia..depa tengah membedal pancake. Selalunya tak suka, so ni 1st time for them..Licin!!!

Kami yang in pink dah siap makan..posing ler..apa lagi


Ok..almost 1.45pm
Kena gerak ke cinema as wayang start 2pm.
Sila cek tiket dulu.

Ok...cermin mata pun dah pakai. Semangat nak tengok ni
Jom semua g tengok.
Best jalan ceritanya.. 
Selamat Menonton :)



26 Dec 2012

Pizza for dinner tonite




Oleh kerana keletihan meronda siang tadi..makanya dinner malam ni kita masak kat kedai aje ye anak3
Pizza Hut in the house 

Just Call 1-300-82-2020

Cuti Hari Natal 2012 Part 2

..sambungan dari part 1.

Setelah selesai dengan urusan di Carrefour..kami semua berjogging ke Subang Parade. Sebelah aje dengan Carrefour.. So tak perlu nak keluar masuk parking.

Tu dia..Subang Parade. Masa kecik2 dulu tak banyak Mall maka dekat sinilah tempat kami nak shopping terutamanya for hari raya.



Sempat lagi nak posing tepi ni..hehehe. Saje nakbuat kenangan Atuk Opah dengan cucu3nya
Jalan tak sesibuk hari biasa. Mungkin juga sebab direct holiday since weekend ramai yang balik ke kampung halaman kot.


Melangkah masuk je ke dalam Subang Parade, kedengaran bunyi loceng aiskrim. Aikkkk ada orang jual aiskrim apanya ni? Sebab ramai yang tengah kerumun.
Rupa-rupanya ada Mr Santa Claus sedang membahagi-bahagikan cokelat to all the kids.

 Aina pun dengan selamba pergi dapatkan cokelat FREE tu. Aiman dan Alif pun tak ketinggalan. Ramai juga manusia rupanya.


Actually datang kesini nak cari tempat repair kasut dan beg. Harganya berpatutan juga.
Saya menghantar beg kulit yang terputus talinya. So depa caj RM60 coz will tampal dengan kulit juga. Ok lah..kemas. Tak ramai orang maka dalam masa 1jam dah siap. Sesiapa yang tercari2 boleh p kat Ground Floor yer.


Oleh kerana berjalan dengan para askar kecik yang banyak ragam and also pity my parents dah jenuh berjalan maka kami bercadang mencari pot makan...
Kebanyakan tempat penuh.

Chicken Rice Shop menjadi pilihan.
Ramai juga orang, tapi nasih baik dapat tempat duduk.
Alhamdulillah.


Anak-anak dah besar dan dah pandai nak pilih menu pilihan sendiri. Go ahead. Asalkan jangan membazir k.


 Sementara menunggu makanan...apalagi...posing lagi. Ni untuk bukti kehadiran siapa yang teman saya dan anak-anak keluar hari ini. Maklumlah, suami saya bertugas di perantauan.


Ok next..jom layan ye gambar acara makan-makan.



 Aina dengan nasi ayam junior set. Berbaloi...meaning takde lah banyak sangat. 
Just nice for her
 

 Alif pulak memang suka noodles. Tak kiralah apa pun. Nasi memang susah skit dia ni.
Mee Kari with 3 layer tea menjadi pilihan


Aiman ni memang lah peminat tegar nasi. hehehe.
Tengok lah tu..siap suap guna tangan.. baru feel dia kata..

Shopping time!!!
Saya tak de membeli pun. Maklumlah baru setel hal barang2 dan yuran untuk persediaan sekolah anak-anak. Makanya cuci mata je lah.


Tapi..abah saya, pesara penncen Kerajaan, layan shopping. Bonus masyukk lah katakan.
Tak de lah sakan coz abah saya ni jenis sayang barang.
Membeli bila perlu.
 



Dapat posing pun jadilah...
Next time mai shopping yer :) hehehe 

So kesimpulannya..2 destinasi dalam 1 hari. Penat jugak coz budak2 ni jenuh nak kawal.
Yang penting happy dapat bagi depa p outing dengan atuk dan opah.


Anda kemana on Christmas Holiday ??

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78