HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

22 Jan 2013

Asthma / Lelah Ubat Doktor atau Akar Tongkat Ali - CaraTradisional

Ubat Dari Klinik vs  Akar Tongkat Ali

Cuaca lately agak tidak menentu.
Ada yang demam, batuk, flu..dah berminggu tak baik2..

Begitu jugalah anak-anak saya.
Tapi yang paling saya risau ialah keadaan anak no2 saya, Alif.
Dia ni memang ada history lelah.
Dah puas la kiranya keluar masuk hospital.

Kerap kena serangan ni dalam tido.
Nasiblah saya ni jenis bukan tido mati kan.  

Antara tanda2 yang saya sendiri noticed padaAlif apabila kena serangan ni :-
1) batuk berlarutan and bukan macam batuk kita yang biasa ni..batuknya dalam
2) cepat penat dan mengah
3) dalam tido..nafasnya berbunyi..macam tiup wisel..hah..bukan lawak ni..
4) dadanya berombak-ombak..mmg azab je tengok.

Selalunya..apa saya buat??
Jangan tunggu dah..bawalah dia ke klinik yang berdekatan untuk bagi gas (nebulizer).
Sebab, orang yang kena lelah ni selalunya susah nak bernafas.. Bila susah nak bernafas maknanya level oksigen dalam badannya sure tak stabil.. so to avoid benda2 tak elok..segera bawa ke hospital.

Selalunya selepas bagi gas tu, keadaan dia akan ok skit. Kadang2 kena bagi gas berkala, meaning setiap 30 minit, 1jam, or tgk pada tahap lelah dia tu.
Alif pernah kena tahan di Wad Kecemasan UH dalam pulul 3am..masa tu level oksigen dia 70%..
And at the same time Doktor tunjuk hasil xtray..memang takut...coz paru-paru dia dah di penuhi dengan infection. Dah lah masa tu saya alone..hubby kerja outstation. Rasa nak pengsan pun ada apabila tengok anak kita tak sihat.
So..uols kat luar sana..amik perhatian ye kalau tengok anak tu selsema ke, batuk or demam berpanjangan.

Doktor buat postmotem dan mendapati Alif ni alergik sangat2 dengan kucing..Bulu kucing terutamanya.
Makanan yang berasaskan cokelat pun ada certain yang dia tak boleh makan.
Sepanjang dah dapat tau Alif ada asthma ni, saya notis dia alah makan pulut, tembikai..air sejuk memang lah sangat pantang..
Alif ni gemar makan tapai..so setakat nak bagi rasa tu boleh la..kesian pulak kat dia.

Ok..apa saya nak kongsikan kat sini tentang cara tradisional yang arwah atok saya pernah ajar.

Akar tongkat ali.

Uols fikir untuk ubat kuat aje ker? hehehe
Testimoni yang berjaya dah ada,..iaitu adik no 2 saya, Ani. Masa kecik dulu, kalau kena lelah..memang macam bunyi pancaragam semboyan laut segala.. Scary.
Sekarang, dah beranak 2..Alhamdulillah..sihat, dah tak de lelah.

MACAMANA CARANYA??
Ambil dalam 1cm...
Parutkan.
Ambil air panas suam.
Masukkan parutan Akar Tongkat Ali tadi kedalam air panas suam tu..
Boleh terus minum.
Amalkan sekali sehari.
Oh ya..ada yang tanya kenapa tak direbuskan ajer?
Hmm untuk budak2..kalau direbus akan jadi sangat pahit..and sure depa tak lalu nak minum.

InshaAllah..kita ikhtiar.
Selamat mencuba ye uols.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78