HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

4 Jan 2013

Kanang Anak Langkau, perginya seorang WIRA Negara










BIODATA PAHLAWAN NEGARA Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau | Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau (1945 - Januari 3, 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.


Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.
 
Pada awal pagi 3 Januari 2013, beliau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak selepas mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumahnya.
Beliau disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi dan akan di semadikan pada 5 Januari 2013.


Anugerah

Pada 3 Jun 1981, beliau menerima dua anugerah, Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, Sultan Ahmad Shah.
Pada 24 September 2011, beliau menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak 'Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

 

Kanang Anak Langkau

Kesetiaan
Bendera United Kingdom United Kingdom (1962–1963) Bendera Malaysia Malaysia
Perkhidmatan * Tentera British (1962–1963)
Jumlah tahun berkhidmat 1962–1983
Pangkat Pegawai Waran Pertama
Unit
Renjer Sarawak (kemudian sebahagian daripada Tentera British)
Rejimen Renjer Diraja
Arahan 8th Rangers Regimental Sergeant Major
Pertempuran * Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962–1966)
Anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.)

2 comments:

  1. penah baca buku tentang dia kisah hidup dia..berperang dgn komunis...sgt berani...hilangnya perajurit negara...

    ReplyDelete
  2. Semangat waja perajurit yang tiada tolok bandingnya namun jasanya hanya pegawai waran 1, tidak sampai ke tahap kaptitan sebab ................?

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78