HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

19 Jan 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 FINAL



MUZIKAL & FREE STYLE

Program hiburan mingguan kini sampai ke kemuncaknya.
Finalis-finalis yang berjaya ke peringkat akhir ialah 
JoZan, ShiR, Jambu, SayWho,BoBoi

Siapakah yang bakal membawa balik hadiah utama??

Bermula dengan perarakan masuk AC dengan pakaian warrior..

 Pusingan akhir bermula dengan tajuk BEBAS.

Jozan  yang beraksi tampil dengan watak UAI.
Wow..Johan mumcul khas untuk Final walaupun kaki masih berbalut besi.
 Berkisarkan mat rock Awie menggabungkan program tv dengan Ustaz Azhar Idrus
Nampak sama tapi bukan dia ..Poyooo!!


Shiro  muncul dengan tema Tanah Kubur. Tok Adi menasihat anak muda yang meragut handbag. Berlawak sambil berdakwah.. Good job Shiro


Boboi  dengan cerita HangLiPoh..HangLinGa dan HangLiWa..adik bradik HangLiPoh.
Makan tak kenyang tido tak lena buang air tak FLUSH!!
Berikan 5nama buahan bermula dengan "L"
Langsat Lima Luku Limau Lukisan Buah-buahan, Lisa ...buat hatI Yusli.
Listen Listen Listen Listen


Jambu yang dijangka menyengit..
Muncul dengan adegan penyampaian anugerah.
Lawak bersahaja..tapi memang comel.


SayWho pelawak dari negara jiran, Indonesia 
Mulakan persembahan dengan lagu Tanjung Puteri.
Bersekitar di Klinik Dr Romzey. Memang banyak homework yang telah dibuat bagi mendapat tempat di hati penonton di Malaysia.
Kenapa doktor pakai baju warna putih??
Kerana kalau pakai baju hitam dah macam BOMOH!!

 
 Tema seterusnya Muzikal
 
 Jozan dengan suasana konti radio.
Di mulakan dengan lagu Kosong2 dalam versi Tamil
 Johan Huru Hara dengan segment Teka Bunyi era
Mohd Supper bin Breakfast membuat panggilan.. 
Segment sambungkan lagu Andai Ku bercinta lagi 2.3.4 hari menjadi lagu hiburannya. 

 
Shiro dengan tema muzikalnya... dimulakan dengan lagu Balik Kampung yang dah diolah.
Dengan situasi suami isteri dengan penuh kasih sayang..hehe..
Memang best :)


 BoBoi muncul dengan tajuk Yuna mencari Pengganti.
Ni dok kenen isu Yuna mencari pengganti lagu nya di AJL.
 Dengan menampilkan pelbagai artis untuk menyanyikan lagu tersebut.
Idea yang bersahaja ... 
 
  
Jambu dengan situasi ayahanda menunggu anakandanya.
Di mulakan dengan lagu Ukays...wow..best lagu ni..
Ayahnya yang menasihati anak daranya Zila.
Segala macam lagu di olah.
  

Saywho berjaya mencuit  hati dengan mendendangkan lagu2 rakyat Johor.
Lagu JOGET..dengan tariannya..
Wow... U did it!!


Siapa yang bakal membawa pulang RM500,000.00??? 

Tempat ke 5 SayWho RM15,000.00 beserta trofi

Tempat ke 4 Boboi RM50,000.00 beserta trofi.

Tempat ke 3  ShiRo RM150,000.00 beserta trofi.

Tempat ke 2 Jambu RM250,000.00 beserta trofi

Juara Maharaja Lawak Mega 2012 ialah 
Jozan RM500,000.00 beserta trofi.

 
 Tahniah semua.
Anda telah menghiburkan kami...
will miss this program :)
   
  Berjumpa lagi di musim yang akan datang..
InshaAllah 
 

    


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78