HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 Jan 2013

PERHIMPUNAN BERSIH 12 JAN 2013

                


Revolusi Ala Arab Street BUKAN budaya kita. 

Saya bukan fanatik POLITIK ataupun BERSIH..kotor pasti tidak kan!

Sekadar memberi pendapat.

 HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT yg berlangsung dengan aman di Stadium Merdeka. Walau ramai yang mengharapkan pihak penganjur dan penyokong berganas-ganasan... Tetapi syukur... Ianya menjadi aman. TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PDRM yg memberi kerjasama yg baik.

Seharusnya kita amalkan budaya aman tenteram sejahtera di dalam Malaysia yang terdiri daripada perbagai kaum, agama dan budaya.
Amalan hormat menghormati dan hidup dalam keadaan yang selamat telah di praktikkan selama ini semenjak kita mencapai kemerdekaan.

Mahukah kita melihat kehancuran masa depan anak2 kita kelak??
Wawasan 2020 yang di canangkan oleh mantan PM kita dulu haruslah di capai dan di lihat dari aspek positif dan cemerlang dari aspek agama, ekonomi, sosial dan keharmonian sejagat.
Dimana letaknya hasrat 1Malaysia yang sering dilaung-laung dan menjadi siulan kita?

Mahukah kita hidup terancam di tanah air kita sendiri?
Mahukah kita mengajar anak2 kecil kita memegang senjata dan bertelagah antara kita?
Mahukan kita menggadai maruah bangsa dan nama MALAYSIA yang di segani serantau?

Hari ini perhimpunan tersebut telah diadakan secara aman di Kuala Lumpur. Walaupun di anggarkan hampir 1 juta orang yang hadir.. (saya pun tak pasti kerana tiada siapa yang ambil jumlah kedatangan perhimpunan tu kan..hehe) namun impak dari kejadian ini harus di ambil berat agar perhimpunan seumpama ini tidak akan berlaku lagi demi mengelakkan kejadian2 yang tidak diingini.
Kanak-kanak diseret oleh ibu-bapa untuk menghadiri majlis ini.
Warga asing turut kelihatan menyertai perhimpunan tersebut.
Remaja dalam lingkungan bawah 21 tahun juga ramai kelihatan terlibat.

 Pihak polis menafikan permit untuk Bersih 2.0 berhimpun di Stadium Merdeka, dan sekatan jalan menuju Dataran Merdeka dan jalan-jalan masuk ke Kuala Lumpur memperlihatkan kesungguhan pemerintah menghalang perhimpunan ini.

Berfikirlah secara rasional
Bertindaklah secara bijak
Berdoalah demi kesejahteraan kita 1 Malaysia.
Walaubagaimanapun..tahniah kerana HKR yang telah berjalan dengan aman tanpa keganasan atau kemalangan kecederaan or apa2 insiden yang tidak diingini.

 AYUH MALAYSIA! KITA PANGKAH KERTAS UNDI KITA TANPA RASA GUSAR DAN CEMAS! BUATLAH PILIHAN DENGAN TENANG DAN YAKIN!

SELAMAT SEJAHTERA SELURUH WARGA MALAYSIA.

Gambar Ihsan Sahabat FB

Gambar Ihsan Sahabat FB

 

7 comments:

  1. untuk apa la phimpunan2 ni sume..
    buang mase je..xska dgn org yg suka mmbuang masa cmni.. =< ish3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..jangan ada kemalangan kecederaan..memudaratkan..siapa yang rugi?

      Delete
  2. Dulu tak der pon mcm nie..skarang nie smkn kerap ada perhimpunan tak thu apa sbb nya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..yang akak tau kalau ada perhimpunan..sure jam.. :)

      Delete
  3. perhimpunan ni x wujud kalau pemimpin bersikap adil dari dulu.

    ReplyDelete
  4. Perhimpunan ini x wujud kalau akta ISA dilaksanakan. Sekarang kebebasan suara disalah gunakan.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78