HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

5 Jan 2013

QUEEN CONTROL


                   


Kebaikan Queen Control
Isteri diharuskan menjadi Queen Control kerana dapat membantu menguruskan suami yang tidak pandai menguruskan dirinya sendiri demi untuk menguruskan rumahtangga dengan sempurna.
Contoh jika isteri tak ingatkan suami untuk berjimat cermat mungkin juga si suami telah membazirkan duitnya untuk sesuatu yang tidak berfaedah. Cukup bulan satu family yang kena ikat perut..siapa yang susahkan??
 Berdosa suami memberikan rezki kepada perempuan lain yang sepatutnya WAJIB diberikan kepada anak-anak dan isterinya sebagai tanggungjawabnya.

 
Keburukan Queen Control
Berdosa dan menderhaka jika isteri cuba menguasai urusan rumahtangga.
Rosak keluarga hingga suami tu tiada kebebasan.
Umpama suami di cucuk hidung dengan tali.
Umumnya, queen control adalah isteri yang suka mengawal hidup suaminya, baik dari segi kewangan, masa dan juga aktiviti harian. Secara ringkasnya, isteri yang suka mengongkong.



Hidup rumah tangga perlu ada
Kejujuran
Bertolak-ansur


Rumahtangga adalah perkongsian.

Istimewanya rumahtangga adalah, apabila dua jiwa insan diikat, maka mereka melangkah bersama untuk menempuh segala ranjau yang ada. Bukan seorang melangkah, seorang lagi diseret. Bukan seorang melangkah, seorang lagi diperintah.



” Seorang suami yang membiasakan dirinya bertegas dalam perkara akhirat dan bertolak ansur dalam perkara dunia, maka Allah akan campakkan perasaan hormat yang tinggi dalam hati isteri kepada sang suami ” .

Bererti ; dominasi oleh lelaki atau suami adalah suatu keperluan dan tuntutan, tetapi hanya dalam perkara akhirat yang melibatkan dosa pahala.


Firman Allah ta’ala :  
” Wahai orang-orang beriman , jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang mana bahan bakarnya adalah daripada jin dan manusia.”



Wahai suami, ingatlah peranan anda sebagai pembimbing dan ketua keluarga. 
Wahai isteri, lakukan tanggungjawab anda sebagai permaisuri keluarga yang solehah dan mithali.





Apa pendapat korang tentang "Queen Control"

2 comments:

  1. jgn sampai jatuh derhaka dah la...letak agama no 1...insya Allah...semua beres..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78