HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

26 Jan 2013

Simptom / Tanda Gangguan Jin



(SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA INI DISARANKAN AGAR ANDA SEGERA DIRAWAT!!!)



1. FIZIKAL
* Kepala terasa pening terasa leher berat atau kaku
* Bahu selalu berat / sengal
* Rasa nyeri, panas atau terasa berat pada bahagian-bahagian tertentu
* Dada sesak atau panas
* Sakit pada perut atau ulu hati
* Gangguan sekitar rahim, prostat, buah pinggang
* Pandangan mata kabur
* Ketika tidur, berdengkur dengan kuat atau gigi bergesel
* Makan-minum berlebihan daripada kebiasaan
* Memiliki kekuatan fizikal yang diluar kemampuan manusia
* Sakit yang sangat pada jam-jam tertentu
* Sakit yang berpindah-pindah



 2. PSIKIK
* Mudah dan sering marah / tersinggung
* Bingung, sukar menumpukan perhatian pada pekerjaan
* Kerap bermimpi yang menakutkan
* Kerap bermimpi didatangi binatang buas
* Kerap bermimpi dengan orang yang sama
* Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi
* Bermimpi berada di tempat yang berbau busuk
* Resah, gelisah, takut
* Sukar untuk tidur, banyak tidur
* Malas beraktiviti dalam kebaikan
* Kerap berprasangka buruk, was-was, Mood tidak stabil
* Merasa ada bisikan-bisikan dihati atau telinga
* Pernah atau sering mendengar suara letusan di atas bumbung atau sekitar rumah, khususnya malam hari
* Kerap “meneka” peristiwa yang akan berlaku (menerawang)
* Boleh melihat “sesuatu (makhluk atau benda) yang umunya tidak dapat dilihat oleh orang lain



 3. IBADAT
* Sering lupa jumlah rakaat solat
* Terasa berat / mengantuk setiap berzikir atau membaca Al-Quran atau ketika hadir dalam majlis ilmu
* Sering sukar bangun pagi / subuh
* Merasa selalu ada yang mengikuti
* Sering batal ketika berwuduk
* Kerap tidak yakin ketika berwuduk, mandi janabah atau was-was ketika solat




 4. BARANG ATAU BENDA
* Merosakkan mesin: Kereta, motor, mesin kilang dll
* Memiliki benda bertuah (jimat, susuk, keris, tali pinggang, dll)
* Pokok tidak boleh ditebang



5. Ketika tidur
*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
*Mimpi tandas dan buang air
*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.


6. Ketika jaga
*Sakit tulang belakang tanpa sebab.
*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
*Takut tidak bersebab.
*Badan terasa berat dan malas.
*Sukar mendapat jodoh.
*Suka bercakap-cakap berseorangan.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.
*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
*Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.
*Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
*Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.S
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
*Sakit tulang empat kerat.
*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
*Kuat berangan.
*Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
*Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
*Nafsu seksual yang melampau.
*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
*Mandul.
*Terasa diri selalu diperhatikan.
*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata atau insomnia.
*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
*Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
*Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
*Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
* Terasa benda bergerak di bawah kulit.
*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
*Malas beribadah
*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
*Nyanyuk ketika lanjut usia.
*Kanak2 hyperactive atau autisme.
*Sikap berubah secara mendadak.
*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
*Kerap keguguran.
*Gagal melakukan hubungan kelamin.
*Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
*Sakit mental atau gila.
*Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza


7. Kerasukan Dan Gila:

Tahap ini adalah tahap penyakit gangguan jin yang kronik dan teruk. 
Apabila sudah dirasuk, minda pesakit dikawal sepenuhnya oleh jin yang memasuki jasadnya sehinggakan pesakit tidak sedarkan diri. 
Pada ketika ini, pesakit umumnya tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya.
Suara pesakit dan gaya bertutur juga berubah mengikut jin yang merasuk. 
Cara pergerakan, cara melihat dan lagaknya juga berubah seperti jin. 
Kerasukan yang melibatkan jumlah orang yang ramai dinamakan histeria.
Pesakit biasanya ganas dan lebih kuat secara fizikal sehingga memerlukan ramai orang bagi mengawalnya.
Ada juga pesakit yang tidak seperti dirasuk tetapi menjadi gila. 
Pesakit sudah tidak dapat membezakan antara dunia hakiki dan dunia ghaib. 
Pesakit mungkin berupaya bercakap-cakap dengan makhluk-makhluk yang ghaib, suka menyendiri dan tidak menghiraukan keadaan diri sendiri. Mereka mudah melakukan perkara-perkara yang mengaibkan diri sendiri.


Sumber : http://www.esempoi.com/  , 

http://www.penawar.com/v11/2012/02/09/lima-peringkat-gangguan-jin/




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78