HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

23 Jan 2013

Tebusan Algeria: Rakyat Malaysia di sahkan terbunuh







 Seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Chong Chung Yen telah disahkan terbunuh.
Mendiang akan dibawa pulang ke tanahair .

Mendiang antara yang terlibat dalam insiden tebusan kumpulan militan pada Rabu lepas di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) Amenas, di Timur Algeria.

Dalam kejadian itu, 60 pemberontak lengkap bersenjata menyerang dan menawan OGPC Amenas, kira-kira 70 kilometer dari sempadan Algeria-Libya dan menjadikan 150 pekerja, termasuk 41 warga asing sebagai tebusan.
Kejadian itu dipercayai bermotifkan balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan ruang udaranya digunakan pesawat tempur Perancis untuk menyerang pemberontak di Mali.

Seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan TAKZIAH buat keluarga mendiang.


Sumber : Buletin 1:30 di TV3, 23 Jan 2013

2 comments:

  1. Takziah kepada keluarga mendiang..sedih rasa nya:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... takziah buat family mendiang

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78