HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

6 Feb 2013

Bandung Birthday Trip 31.1.13 Siri3

 Sambungan cerita di Bandung.
Terpaksa buat bersiri coz banyak sangat gambar2 dan cerita2 yang nak di sharekan..
Jangan jemu ye uols

 Masih di Hotel Lotus, sarapan dulu sebelum gerak ke Bandung.
Makanannya ok..masih boleh diterima dek tekak..Alhamdulillah.
 Breakfast ni provided FREE for those yang dok kat hotel ni ye.
  
 Saya memang mesti makan yang heavy untuk breakfast.
Ada nasi goreng, roti, buah-an,sup. Pada saya sangat berbaloi.


 Hmmm Aina ni pulak dok ngaco abahnya aje..yelah..abah keje di perantauan..sekali sekala jumpa..lepaskan rindu.


 Ready to cek out. Leni, receptionist ni request nak berposing dengan me..Hahaha..macam artis lah pulak yer..



 Yes..antara tujuan datang kesini ialah nak visit kediaman hubby kat sini.
Sampai juga hajat nak tengok rumah dia. Yelah..risau juga  dengan keadaan dia kat sana kan... Duduk di perantauan tu macam2 yang kita risau.



Alhamdulillah... suasana rumah memang selesa. Luas betul rumah ni.
Kawasan kampung. Aman damai


 Kami meneruskan perjalanan ke Bandung.. 
On the way nak ke Bandung..lalu Sari Ater Hotel & Resort. Singgah jenguk jap.
Perghhhh memang best lah hotel ni. Harga? Fuhh sememangnya best..hahaha
Ada villa, bungalow if u nak datang reramai.
Suasana macam kat Genting u, sejuk bangat.


 Ada ladang strawberi kat sini. Best. U boleh p turun petik sendiri.
Seronoknya..
 Hah..kat bawah tu pun ada air terjun..cuba tengok betapa jernihnya air dia.. Sejuknyaa...

 Hah..ni gambo candid.. masa ni masuk ke lobby, ronda2 tengok tempat

Sari Ater ni memang terkenal dengan spa air panasnya...
 hmm 1 day sure nak merasa menginap kat sini. InshaAllah


Seterusnya kami meneruskan perjalanan. Tak payah nak on airkond kereta...udara kat luar tu nyaman..sejuk. Berkabus. Lereng2 bukit di tanam dengan padi dan pokok teh.
Kami pun sempat juga turun posing di salah satu ladang teh di situ...
Tak berani nak jalan2 sangat, coz laluan tu sangat curam. Daerah ni di kenali sebagai  Ciater.





Meneruskan perjalanan ke Lembang... hah di sini memang banyak lah boleh nampak kereta kuda. Kawasan ni dekat2 dengan Tangkuban Perahu.
Di kawasan ni ada suatu tempat di kenali sebagai Rumah Produksi Tahu Susu Lembang.
(nanti saya buat entry pasal tempat ni ye) 

Memang best..semuanya fresh kat sini.
Fuh..memang tak cukup 1 entry nak cerita semuanya..


ok..Lepas ni sampai Pasar Baru. Saya akan sambung di entry yang ke 4 ye..
Tungguuuuuu 

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78